BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Remaja Ditahan, Motosikal Guna Nombor Pendaftaran Palsu

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Dua Remaja Ditahan, Motosikal Guna Nombor Pendaftaran Palsu​

e5c3d3658d0532c38f2c5611cc32d9356a7824f62f0c6

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa menjawab pertanyaan media mengenai Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di Jalan Ampang awal pagi tadi.

Polis menahan dua remaja selepas motosikal Yamaha 135LC yang ditunggang mereka didapati menggunakan nombor pendaftaran sebuah kereta BMW dalam Ops Samseng Jalanan di Jalan Ampang, di sini awal pagi tadi.

Remaja perempuan berusia 17 tahun itu mendakwa motosikal itu milik bapanya dan dibeli kira-kira empat bulan lepas di Tanjung Malim, Perak sebelum ditunggang rakan lelakinya yang berusia 18 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata motosikal itu antara 147 yang disita dalam operasi tersebut dengan dua remaja terbabit ditahan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Operasi turut melibatkan pemeriksaan terhadap 1,450 motosikal dan 827 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dengan kesalahan paling banyak ialah tidak memiliki lesen.

“Kebanyakan penunggang motosikal yang diperiksa berusia 15 hingga 20 tahun,” katanya pada sidang media selepas operasi tamat.

Mohd Zamzuri berkata operasi bermula pada 2 pagi itu turut mengesan kesalahan mengubah suai nombor pendaftaran termasuk nombor tidak lengkap atau berbeza antara bahagian hadapan dan belakang motosikal.

Beliau menasihati semua pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas selain mengelak pengubahsuaian kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi, menunggang secara berbahaya dan terlibat lumba haram.

“Ibu bapa disarankan sentiasa memantau aktiviti dan penggunaan motosikal oleh anak kerana sikap bertanggungjawab dan berhemah di jalan raya bukan sahaja melindungi diri sendiri, malah mampu menyelamatkan nyawa pengguna lain,” katanya.

Beliau berkata operasi bersepadu itu membabitkan 103 pegawai dan anggota JSPT serta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan lapan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

 
Back
Top
Log in Register