kainlangsir
Legendary Member

- Messages
- 12,457
- Joined
- Jul 24, 2006
- Messages
- 12,457
- Reaction score
- 268
- Points
- 141
Filem yang ditunggu oleh peminat filem seram terutamanya THE CONJURING dan ANNABELLE, pasti tak sabar nak menonton filem yang dikatakan lebih seram dan berhantu dari THE CONJURING. Kalau korang masih ingat, filem THE CONJURING menceritakan tentang usaha Ed dan Lorraine Warren untuk membantu orang-orang yang dirasuk oleh roh setan.
Filem THE NUN menceritakan kisah seorang ketua paderi bernama Burke yang dihantar oleh Vatikan untuk menyiasat kematian misteri seorang biarawati muda. Biarawati muda itu mati akibat bunuh diri di biara yang agak jauh di Romania. Ketua paderi yang dihantar oleh Vatikan sebenarnya mempunyai sejarah masa silam yang sangat dahsyat. Dia berusaha keras untuk mendedahkan apa yang berlaku di sebalik kematian biarawati muda itu.
Dalam perjalanan, ketua paderi Burker telah hilang tanpa jejak. Dalam filem ini akan diceritakan bagaimana Burke bukan sahaja membahayakan hidupnya untuk melawan semangat jahat, tetapi dia juga harus berperang dengan perasaan dan jiwa.
Penonton akan dibentangkan dengan biarawati yang memiliki kekuatan jahat dengan bentuk yang menyeramkan.
Aku nak pi tengok bukan sebab nak tengok hantu..tapi awek cun sister tuu...
Last edited: