BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM
  • ⚠️ Warning: Do not post copyrighted, infringing, pirated, or illegal download links. Any user found posting such content may be permanently banned without further notice.

Movie Sunk Into The Womb (2013)

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,239
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,239
Reaction score
1,659
Points
201
6228563441426218734_120.jpg

6228563441426218735_120.jpg

6228563441426218736_120.jpg

6228563441426218737_121.jpg

6228563441426218738_120.jpg


Pernah tengok filem sedih dari Jepun " Sunk Into The Womb (2013)" ? Filem ini sebenarnya berdasarkan kisah benar yang terjadi pada 2010 yang lalu. Mengisahkan tentang seorang Ibu yang tidak
berperikemanusiaan sanggup abaikan anak-anaknya yang berusia 1 dan 3 tahun mati kebuluran dengan meninggalkan mereka dirumah bersendirian selama berbulan-bulan .
.
Pada 2010 Sanae Shimomura 23 tahun, ibu kepada Sakurako Hagi, 3, dan Kaede, 1 meninggalkan mereka berdua tanpa makanan, dan tanpa memberitahu sesiapa walaupun bekas suaminya. Sanae dan bekas suaminya bercerai pada tahun 2009. Sanae keluar rumah kerana ingin berpoya-poya bersama teman lelakinya.
.
Pada satu hari , jiran-jiran berdekatan rumah Sanae terbau sesuatu yang sangat busuk dalam rumah Sanae, ini memaksa jirannya untuk menghubungi polis untuk menyiasat punca bau busuk berkenaan. Apabila polis tiba dan memecah pintu rumah Sanae,pihak polis terkejut apabila mereka menemui mayat Sakurako Hagi dan Kaede dalam keadaan tidak berpakaian, mereput dan tinggal tulang, dipercayai telah mati sebulan atau dua bulan yang lalu.
.
Keadaan dalam rumah juga teruk bahkan sampah-sampah memenuhi ruang dalam rumah. Sanae mula meninggalkan dua anaknya bersendirian sejak Mac 2010. Pada Jun tahun yang sama, Sanae dikatakan tidak pulang ke rumah langsung. Namun, sebulan kemudian ketika Sanae pulang ke rumah, dia mendapati dua anaknya itu telah meninggal dunia. Sanae hanya membiarkan sahaja mayat anak-anaknya dan terus keluar dari rumah.
.
Jiran yang tinggal berhampiran pernah terdengar dua beradik berkenaan menangis. Namun tidak pernah cuba untuk memasuki rumah tersebut mahupun melaporkan kejadian itu kepada polis.Menurut seorang jiran yang tidak didedahkan identitinya, dia telah melaporkan kejadian itu kepada pihak kebajikan sebanyak tiga kali, kerana mereka kerap mendengar tangisan dua beradik itu hampir setiap malam.
.
Panggilan telefon pertama dibuat pada jam 9 pagi, 30 Mac 2010 di mana jiran terbabit memaklumkan dua kanak-kanak terbabit menjerit, “Mama! Mama!” sehingga lewat malam. Dua pegawai kebajikan datang melawat rumah berkenaan pada jam 3 petang pada hari laporan dibuat, jam 10 pagi keesokkan hari 1 April dan jam 6 petang pada 2 April. Namun tiada sebarang respon dari penghuni rumah berkenaan. Jiran itu sekali lagi menghubungi pihak kebajikan untuk kali kedua pada jam 7 pagi, 8 April.
.
Namun apabila pegawai kebajikan datang ke rumah tersebut pada jam 2 petang dan keesokkan harinya, hasilnya masih sama, tiada respon yang diberikan. Laporan ketiga dibuat pada jam 5.30 pagi, 18 Mei 2010. Sekali lagi pegawai kebajikan datang melawat pada jam 3 petang. Namun hasilnya tetap sama. Berdasarkan garis panduan Kementerian Kebajikan di negara itu, pegawainya perlu memastikan kanak-kanak yang dilaporkan itu selamat dalam tempoh 48 setelah menerima aduan. Bagaimanapun, pegawai kebajikan berkenaan gagal mencari jalan masuk ke kediaman tersebut. Malah mereka juga tidak dapat menghubungi saudara mara penghuninya kerana mereka tidak tahu siapa yang tinggal di kediaman itu. Ekoran itu, tiada sebarang laporan polis yang dibuat.
.
.

#faktanenek #faktaitubenar #faktadunia #fbpro
 
Back
Top
Log in Register