TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.



















Jalan cerita mantap.. cuma perlu penjelasan kpd anak2, mcm mana alisya ada dlm body satria tu![]()










Ejen Ali The Movie 2 Raih RM34.2 Juta, Pecah Rekod Filem Pertama
02.06.2025 - Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) mencipta sejarah apabila berjaya mencatat kutipan melebihi RM34.2 juta dalam tempoh 11 hari, sekali gus memecahkan rekod kutipan filem pertamanya. Pencapaian ini turut menjadikan EATM2 filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi dalam masa yang paling singkat. Lebih membanggakan, EATM2 juga berjaya mengatasi kutipan beberapa filem antarabangsa yang ditayangkan pada bulan Mei lalu seperti Thunderbolts, Mission: Impossible, dan Lilo & Stitch, sekali gus membuktikan kehebatan karya tempatan yang menerima saingan sengit di layar perak. Setakat ini, lebih 2 juta penonton telah menyaksikan EATM2.
Pencapaian memberangsangkan ini dipacu oleh kehadiran luar biasa penonton di pawagam, menjadikan EATM2 sebagai filem pilihan utama seisi keluarga sepanjang musim cuti sekolah yang bermula 29 Mei lalu. Ramai penonton berkongsi bahawa mereka telah menonton filem ini lebih daripada sekali dan teruja mengajak ahli keluarga lain untuk turut serta menjadikannya aktiviti beriadah bersama di musim cuti. Kejayaan ini turut mencerminkan perkembangan positif dalam penerimaan filem animasi tempatan yang dilihat semakin mendapat tempat di hati khalayak umum.
Pengarah filem EATM2, Usamah Zaid Yasin dalam kenyataan berkata, pihak produksi menghasilkan sekuel ini dengan sepenuh hati demi memenuhi jangkaan peminat setia yang lama menanti misi Ejen Ali, bukan sahaja untuk membawa animasi Malaysia bersaing setaraf dengan naskhah antarabangsa.
“Reaksi penonton, air mata, tawa dan tepukan di pawagam, itu semua hadiah paling berharga buat kami dan amat menggalakkan kami untuk terus mengembangkan dunia penceritaan Ejen Ali. Buat para ejen yang sudah berulang kali menonton, terima kasih kerana terus menyokong EATM2 di pawagam,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof turut berkongsi rasa syukur terhadap rekod baharu yang dicapai.
“Kami sangat bersyukur dan terharu dengan sambutan luar biasa yang diberikan kepada Ejen Ali The Movie 2. Kutipan RM34.2 juta ini bukan sekadar satu angka, ia adalah simbol keyakinan rakyat Malaysia terhadap kualiti produksi animasi dan usaha tenaga kerja tempatan. Terima kasih kerana terus mempercayai misi Ejen Ali,” ujarnya.
![]()







cerita berat tak sesuai untuk budak2...anime masih lagi kaku ...bila tengok dia berjalan nampak kaku sekakunya... cara jalan boboboy lagi nature... drp 5 aku bagi 2 je

tengok level budak...macam anak aku nak nak tengok yg ringan2 macam boiboiboy tu... ada lawak ada aksi... ejen ali 2 ni tak ada lawak... penuh aksi berat....Budak² tengok aksi je
Kalau banyak cakap tu mereka mula bosan dan byk tanya gitu gini