BTC USD 84,849.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Movie Papa Zola The Movie

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,560
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,560
Reaction score
349
Points
141
75f63b329bc76fe94df889c4e55852b668161d59e7da0

Kredit : Animonsta

Penerbit filem animasi pecah panggung BoBoiBoy dan Mechamato, Monsta secara rasmi melancarkan treler bagi francais filem animasi keempat mereka, Papa Zola The Movie (2025).

Treler itu telah mencatat kejayaan luar biasa apabila meraih lebih dua juta tontonan di seluruh platform dalam talian dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas dilancarkan.

Monsta juga sedang giat menjalankan perbincangan bersama pihak pawagam dan pengedar filem di Indonesia susulan terdapat permintaan tinggi daripada peminat untuk Papa Zola The Movie ditayangkan di negara berkenaan yang merupakan pasaran amat berpotensi.

Pengarah Papa Zola The Movie Nizam Abd Razak berkata ini merupakan penampilan ketiga Papa Zola di layar perak selepas BoBoiBoy The Movie (2016) dan BoBoiBoy Movie 2 (2019) tetapi buat pertama kalinya ia menjadi teraju utama.

“Papa Zola telah menjadi watak yang dekat di hati masyarakat Malaysia dan Indonesia dari pelbagai latar belakang.

“Filem ini akan mengupas kisah asal usul Papa Zola dan menampilkan elemen aksi, drama kekeluargaan serta pencerobohan makhluk asing, satu hiburan yang sesuai untuk seisi keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Filem itu bakal menyertai gelombang kejayaan animasi Asia Tenggara yang semakin berkembang di bawah inisiatif #AnimaSEA, serta disokong kuat oleh semangat #sapotlokal dalam kalangan penonton tanah air.

Papa Zola The Movie bakal menghiburkan dengan adegan penuh dengan gelak tawa, aksi dan emosi di pawagam mulai Disember ini.

 
247cd31e93a7aba887e8e6d66831c9c468eb3e6456cfd


Papa Zola The Movie, filem animasi terbaharu di Malaysia, akan ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 11 Dis ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA Nizam Abd Razak dalam kenyataan berkata filem itu ialah kerjasama antara MONSTA, Astro Shaw dan FINAS, menjanjikan gabungan jenaka, aksi dan emosi yang mendalam di wayang gambar.

Bagi memulakan kira detik, treler rasmi filem itu akan ditayangkan buat kali pertama menerusi saluran YouTube MONSTA pada 8 malam, 8 Nov.

"Penonton kami membesar bersama-sama BoBoiBoy dan Papa Zola. Kini, ramai daripada mereka sudah dewasa dan menjadi ibu bapa. Kisah ini melangkaui jenaka kerana memaparkan kasih sayang, pengorbanan dan belajar melindungi perkara yang paling penting," katanya.

Bagi meraikan tayangan filem itu, Nizam berkata MONSTA akan melancarkan barangan eksklusif Papa Zola dengan kerjasama beberapa jenama isi rumah terkenal, sebuah koleksi edisi terhad buat para peminat.

Menambahkan lagi keterujaan itu, MONSTA juga akan menganjurkan kempen Papa Zola The Movie Run, iaitu “Kebena-RUN”, yang akan diadakan semasa KL Car Free Day pada 7 Dis, mengajak seluruh keluarga ke acara pagi penuh bertenaga, menjelang tayangan perdana itu.

Menerusi hantaran Facebook baru-baru ini, Nizam turut menunjukkan sedutan beberapa tayangan akan datang termasuk Papa Delivery, sebuah animasi pendek baharu, dan BoBoiBoy: Watak Sampingan, yang membawa kepada debut filem berkenaan.

Peminat boleh menyaksikan penampilan terakhir Papa Zola dalam siri animasi BoBoiBoy Galaxy: Baraju, yang akan ditayangkan pada 18 Okt ini, dengan episod baharu setiap Sabtu melalui saluran YouTube MONSTA dan Netfilx, serentak dengan finale Mechamato Musim 4.

Selain itu, beliau berkata MONSTA akan mengeluarkan patung khas FGURA dan Topeng Operatif Papa Zola, P.A.P.A, yang menampilkan kesan lampu dan bunyi, bersempena dengan tayangan filem berkenaan.

 
papa-zola.jpeg

MERAIH kutipan RM26.6 juta dalam tempoh 11 hari tayangan, Papa Zola The Movie berjaya menundukkan filem antarabangsa Avatar: Fire And Ash, Zootopia 2 dan Five Nights At Freddy’s 2.

Raih RM26.6 juta, Papa Zola The Movie atasi Avatar, Zootopia 2" PETALING JAYA – Bakal menutup tirai 2025 dengan bergaya, filem animasi Papa Zola The Movie terus meraih sambutan apabila mengaut kutipan sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh 11 hari tayangan.

Fenomena ‘demam kebenaran’ itu kini berada di tangga teratas carta Top 10 GSC, sekali gus meninggal jauh filem antarabangsa Avatar: Fire And Ash, Zootopia 2 dan Five Nights At Freddy’s 2.

Pengarah Papa Zola The Movie, Nizam Abdul Razak berkata, musim cuti persekolahan antara faktor pemangkin yang membawa penonton datang ke pawagam bersama keluarga.

“Kami bersyukur apabila Papa Zola The Movie dipilih sebagai antara aktiviti percutian keluarga di pawagam. Lebih bermakna, sambutan hangat ini juga adalah daripada perkongsian pengalaman penonton sendiri.

“Fenomena ‘demam kebenaran’ ini membuktikan sokongan organik terhadap filem lokal mampu menarik lebih ramai penonton menghargai dan menyokong karya anak tempatan,” katanya.

Papa Zola The Movie mengisahkan kegigihan seorang bapa yang bekerja keras demi menyara keluarga kecilnya.

Tanpa disangka, dia bertemu semula dengan rakan lama yang pernah berkhidmat bersamanya di organisasi rahsia dikenali sebagai P.A.P.A (Protect and Prevent Agency).

Keadaan menjadi genting apabila anaknya, Pipi diculik makhluk asing membuatkan Papa Zola bersama isterinya, Mama Zila bertindak pantas.

Filem ini kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Ia juga dijadualkan ke pasaran antarabangsa Januari depan bermula dengan Indonesia, diikuti India, Vietnam selain ke Timur Tengah merangkumi Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Turkiye pada April 2026. – KOSMO! ONLINE

==============================

Filem ni betul2 laku keras, jauh lebih hebat dr Avatar! Nmpk macam Papa Zola jadi superhero lokal yg power giler. Rasa nak tgk drama kat IG, mesti dah up story2 best. 😏🎬

 
3aea6416b2cff53ad66a3060d50c980e694a507208917

e01e3c388c00eadb6719735a14343a55694a50de2398b

287066cc556148ee66f7a72bd0d02138694a50fed2aad

6eb3516d103235b07fea52663dc134b5694a51237e4cb

b12d87860243ea6d6549641eade5cecc694a514455182

Kredit : Animonsta

Papa Zola The Movie, filem animasi terbaharu Malaysia terbitan MONSTA Studio dan Astro Shaw berjaya mencatat kutipan box office berjumlah RM25 juta selepas 11 hari tayangan di pawagam.

Pencapaian itu meletakkan filem berkenaan pada kedudukan teratas dalam carta 10 Terbaik Golden Screen Cinemas (GSC) mengatasi beberapa tayangan antarabangsa utama termasuk Avatar: Fire and Ash, Zootopia 2 dan Five Nights at Freddy’s 2.

Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA Nizam Abd Razak berkata musim cuti sekolah yang telah bermula mendorong ibu bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak dan pihaknya sangat bersyukur kerana Papa Zola The Movie dipilih sebagai tontonan mesra keluarga di pawagam.

“Lebih bermakna apabila kejayaan ini turut didorong oleh perkongsian pengalaman oleh penonton sendiri. Fenomena “Demam Kebenaran” membuktikan bahawa filem tempatan yang disokong sendiri oleh penonton mampu menginspirasikan lebih ramai untuk menghargai karya tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Papa Zola The Movie dan Ketua Astro Shaw Raja Jastina Raja Arshad menzahirkan penghargaan atas sokongan padu yang diterima walaupun berdepan saingan sengit daripada francais Hollywood.

“Bersaing dengan pelbagai tayangan baharu daripada francais Hollywood yang popular, kejayaan ini membuktikan bahawa filem tempatan mampu berdiri setanding dengan filem luar.

“Ia juga mencerminkan keupayaan industri kreatif Malaysia untuk menghasilkan kandungan berkualiti tinggi yang menambat hati penonton pelbagai peringkat usia. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada semua peminat dan penonton yang terus menyokong Papa Zola The Movie di pawagam,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan, jelajah promosi yang diadakan pada hujung minggu di  Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Lembah Klang telah menarik kehadiran orang ramai. Kemunculan maskot Papa Zola, Mama Zila, Pipi Zola dan BoBoiBoy turut menerima sambutan luar biasa sekali gus menyemarakan fenomena “Demam Kebenaran” yang menyelubungi Papa Zola The Movie.

Papa Zola The Movie mengisahkan tentang Papa Zola, seorang bapa penyayang yang bekerja keras demi menyara keluarga kecilnya. Tanpa disangka, dia bertemu dengan rakan lama yang pernah berkhidmat bersamanya dalam sebuah organisasi rahsia bernama P.A.P.A (Protect and Prevent Agency).

 

Papa Zola The Movie catat kutipan RM43 juta​

30 Disember 2025 03:01pm
Masa membaca: 2 minit
Share on Facebook

Share on X

Share on Whatsapp

Papa Zola The Movie terus menguasai pawagam tempatan dengan kutipan terkini sebanyak RM43 juta,

Papa Zola The Movie terus menguasai pawagam tempatan dengan kutipan terkini sebanyak RM43 juta,


PAPA Zola The Movie terus menguasai pawagam tempatan dengan kutipan terkini sebanyak RM43 juta, mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem animasi Malaysia paling berjaya dalam sejarah perfileman negara.

Populariti filem animasi ini, yang digelar fenomena "Papa Zola Fever”, turut mencetuskan pelbagai inisiatif impak sosial, termasuk tayangan khas dan program "belanja wayang” yang dianjurkan oleh pengaruh media sosial tempatan untuk membolehkan lebih ramai keluarga dan komuniti terpilih menikmati filem tersebut.


Antara pengaruh media sosial yang terlibat ialah Ashhhrap, Xavier Naxa, Cikgu Marviza, Miera Faera, Bella Park dan Zuhan Hamzah, yang usaha mereka mencerminkan nilai teras filem ini iaitu kebersamaan, kegembiraan dan sokongan komuniti.

Pengarah dan penulis Papa Zola The Movie, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA Nizam Abd Razak berkata filem ini telah menjadi platform bermakna bagi keluarga meluangkan masa berkualiti bersama sepanjang cuti sekolah.


"Semasa cuti sekolah, Papa Zola The Movie menjadi ruang untuk keluarga berkumpul dan mencipta kenangan bermakna bersama. Yang menyentuh hati kami adalah apabila filem ini dinikmati bukan sahaja oleh ibu bapa dan anak-anak, malah keluarga turut membawa datuk dan nenek ke pawagam,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, inisiatif berasaskan komuniti yang membolehkan keluarga merentas generasi menonton filem ini amat selari dengan nilai-nilai yang ditonjolkan dalam cerita.

Sementara itu, penerbit eksekutif Papa Zola The Movie dan ketua Astro Shaw Raja Jastina Raja Arshad, berkata kejayaan filem ini mencerminkan sokongan kuat penonton terhadap produksi tempatan walaupun berdepan persaingan daripada filem-filem besar Hollywood.

"Pencapaian ini sangat bermakna bagi industri perfileman tempatan. Filem tempatan telah membuktikan bahawa mereka masih mampu bersaing,” katanya.

Raja Jastina turut berharap lebih ramai penonton akan mengunjungi pawagam sepanjang cuti sekolah hujung tahun bagi menonton filem ini.

Papa Zola The Movie mengisahkan seorang ayah bekerja keras yang bertemu semula dengan seorang rakan lama daripada perkhidmatannya dahulu dalam sebuah organisasi rahsia, P.A.P.A (Protect and Prevent Agency), sebelum memulakan misi menyelamatkan anaknya yang diculik oleh ancaman makhluk asing.

Filem ini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, dan dijadualkan untuk tayangan antarabangsa bermula Januari 2026 di Indonesia, diikuti India, Vietnam dan beberapa pasaran Timur Tengah termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar serta Türkiye pada April 2026. - Bernama



 
d5421f0849074ee3b8eebbf28426e7e56953a2ead1288

Kredit Animonsta

Papa Zola The Movie terus menguasai pawagam tempatan dengan kutipan terkini sebanyak RM43 juta, mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem animasi Malaysia paling berjaya dalam sejarah perfileman negara.

Populariti filem animasi ini, yang digelar fenomena “Papa Zola Fever”, turut mencetuskan pelbagai inisiatif impak sosial, termasuk tayangan khas dan program “belanja wayang” yang dianjurkan oleh pengaruh media sosial tempatan untuk membolehkan lebih ramai keluarga dan komuniti terpilih menikmati filem tersebut.

Antara pengaruh media sosial yang terlibat ialah Ashhhrap, Xavier Naxa, Cikgu Marviza, Miera Faera, Bella Park dan Zuhan Hamzah, yang usaha mereka mencerminkan nilai teras filem ini iaitu kebersamaan, kegembiraan dan sokongan komuniti.

Pengarah dan penulis Papa Zola The Movie, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA Nizam Abd Razak berkata filem ini telah menjadi platform bermakna bagi keluarga meluangkan masa berkualiti bersama sepanjang cuti sekolah.

“Semasa cuti sekolah, Papa Zola The Movie menjadi ruang untuk keluarga berkumpul dan mencipta kenangan bermakna bersama. Yang menyentuh hati kami adalah apabila filem ini dinikmati bukan sahaja oleh ibu bapa dan anak-anak, malah keluarga turut membawa datuk dan nenek ke pawagam,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata inisiatif berasaskan komuniti yang membolehkan keluarga merentas generasi menonton filem ini amat selari dengan nilai-nilai yang ditonjolkan dalam cerita.

Sementara itu, penerbit eksekutif Papa Zola The Movie dan ketua Astro Shaw Raja Jastina Raja Arshad, berkata kejayaan filem ini mencerminkan sokongan kuat penonton terhadap produksi tempatan walaupun berdepan persaingan daripada filem-filem besar Hollywood.

“Pencapaian ini sangat bermakna bagi industri perfileman tempatan. Filem tempatan telah membuktikan bahawa mereka masih mampu bersaing,” katanya.

Raja Jastina turut berharap lebih ramai penonton akan mengunjungi pawagam sepanjang cuti sekolah hujung tahun bagi menonton filem ini.

 
5232da37911d2836615996eea2074cce6953a41781c66

a0236b716d4d46ba92ba526bf68b51166953a406eebed

Kredit Animonsta

Grab Malaysia dengan kerjasama MONSTA dan Astro Shaw meraikan penutup 2025 dengan menghargai lebih 100 rakan pemandu dan rakan penghantar menerusi tayangan khas filem animasi tempatan, Papa Zola The Movie.

Diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC) One Utama, Petaling Jaya, tayangan itu disertai rakan pemandu dan rakan penghantar terpilih bersama ahli keluarga masing-masing bagi memberi peluang mereka meluangkan masa berkualiti bersama-sama.

Grab Malaysia memaklumkan acara itu dianjurkan sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan pengorbanan rakan pemandu serta rakan penghantar yang menjadi tulang belakang perkhidmatan platform itu, selain bekerja tanpa mengenal penat lelah demi menyara keluarga.

Pengarah Operasi Negara dan Mobiliti Grab Malaysia Rashid Shukor berkata tayangan khas itu diadakan bagi menghargai peranan penting rakan pemandu dan rakan penghantar dalam menyokong platform terbabit, di samping menyara keluarga serta orang tersayang mereka.

“Di Grab Malaysia, kami berbesar hati meraikan rakan pemandu dan rakan penghantar yang merupakan nadi utama platform kami. Inisiatif ini mencerminkan penghargaan kami atas dedikasi dan kerja keras mereka, di samping memberi peluang kepada mereka untuk mencipta kenangan bermakna bersama keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Papa Zola The Movie serta Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA Nizam Abd Razak berkata filem berkenaan mencerminkan realiti dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa termasuk mereka yang mencari rezeki melalui ekonomi gig.

“Filem ini menggambarkan apa yang kita saksikan setiap hari. Kami menganggap filem ini sebagai penghormatan kepada ‘pejuang dalam diam’ di luar sana yang berjuang dengan penuh cekal dan tekad demi insan disayangi,” katanya.

Penerbit Eksekutif Papa Zola The Movie merangkap Ketua Astro Shaw Raja Jastina Raja Arshad berkata pihaknya berasa bangga dapat bekerjasama dengan Grab Malaysia dalam meraikan komuniti rakan pemandu dan rakan penghantar.

Beliau berkata filem terbabit mengangkat tema pengorbanan, kasih sayang dan ketabahan manakala tayangan khas itu adalah satu daripada cara untuk menghargai komitmen rakan pemandu dan rakan penghantar.

 
52f1f0164da3573ac2996b13f04679506954923869dd7

Kredit: MONSTA

Filem animasi Malaysia, Papa Zola The Movie dijangka menemui penonton antarabangsa di Asia Tenggara, Asia Barat dan Asia Selatan, susulan kejayaannya luar biasa dengan meraih kutipan RM43 juta dalam masa hanya 18 hari.

Diterbitkan oleh MONSTA dengan kerjasama Astro Shaw, filem berkenaan bakal menembusi pasaran antarabangsa bermula pada 23 Jan 2026, di Indonesia, diikuti Arab Saudi pada April, negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), iaitu Bahrain, Oman, Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Kuwait pada Mei, serta tayangan perdana yang dijadualkan di Turkiye dan India.

Untuk memastikan capaian lebih meluas, filem itu akan dialih suara ke dalam bahasa Arab, Turkiye, Vietnam, Hindi, Tamil selain versi Inggeris, sejajar dengan komitmen MONSTA untuk memastikan mesej filem ini sampai kepada penonton global.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Pemasaran MD Pictures Rivki Morais berkata sambutan hangat daripada penonton telah meyakinkan pengedar antarabangsa, yang menyokong pelancaran filem ini ke pasaran global.

“Ia berpaksikan realiti kehidupan yang boleh difahami oleh setiap ibu bapa dan keluarga, menjadikannya mudah diterima di mana-mana pasaran,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Media MONSTA Faiz Zainal Aabidin berkata Papa Zola The Movie adalah cerita yang mampu berdiri sendiri, yang boleh dihayati oleh penonton di seluruh dunia.

Menurut MONSTA, kisah Papa Zola, seorang bapa yang gigih berjuang untuk keluarganya dan terpaksa menghadapi situasi luar biasa demi menyelamatkan keluarganya, telah menarik minat penonton di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Selain pencapaian kutipan pecah panggung, Papa Zola The Movie turut mendapat pujian kerana naratifnya yang sarat dengan emosi, mengetengahkan cabaran kehidupan seharian, ikatan kekeluargaan, dan cabaran universal menjadi bapa.

MONSTA, studio di sebalik francais terkenal seperti BoBoiBoy dan Mechamato, sekali lagi menunjukkan keupayaannya menghasilkan cerita animasi yang menembusi sempadan budaya.

 
Back
Top
Log in Register