BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tersalah Tekan Pedal Minyak Kereta Punca Pelajar Tingkatan Satu Maut Dilanggar - Polis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Tersalah tekan pedal minyak dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut dirempuh sebuah kereta di hadapan surau perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Mas di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Azmir Damiri berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira 2.15 petang.

Beliau berkata kejadian turut menyebabkan seorang lagi pelajar cedera parah pada badan dan kini dirawat di zon merah Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira 1.50 tengah hari apabila pemandu wanita terbabit dipercayai tertekan pedal minyak lalu terbabas sehingga melanggar dua pelajar yang sedang memakai kasut sekolah di hadapan surau itu serta tiang batu surau terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azmir berkata pelajar yang meninggal dunia itu mengalami cedera parah pada bahagian kepala dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

 
Back
Top
Log in Register