BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar Tingkatan Satu Meninggal Dunia Selepas Ditemukan Tidak Sedarkan Diri - Polis

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,699
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,699
Reaction score
97
Points
80

Pelajar Tingkatan Satu Meninggal Dunia Selepas Ditemukan Tidak Sedarkan Diri - Polis​

26655242a2cf0a67560fd12616623f3766b5842a35896


Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun meninggal dunia selepas dilaporkan tidak sedarkan diri di asrama Sekolah Menengah Paloh, Gua Musang, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu daripada bapa pelajar tersebut pada 8.53 pagi.

Beliau berkata pihak sekolah telah membawa remaja itu ke Klinik Kesihatan Chiku 03 untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun pegawai perubatan mengesahkan dia telah meninggal dunia.

“Susulan itu, proses bedah siasat dijalankan di Hospital Gua Musang pada 3.30 petang hari sama dan hasil siasatan awal mendapati punca kematian akibat pendarahan spontan di bahagian kepala serta paru-paru berair,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sik berkata pemeriksaan lanjut oleh polis mendapati tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu.

Beliau berkata mayat telah diserahkan kepada ahli keluarga untuk pengebumian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dengan siasatan lanjut masih diteruskan.

Sik menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai insiden itu kerana boleh mengganggu sensitiviti keluarga pelajar tersebut.

 

JPN Kelantan Salur Bantuan Segera Kepada Keluarga Pelajar Meninggal Dunia​

7cca161d5ed2eeb2fdbfb9a4da0f01926a04a6468e645

c722cee2f6d02e28de3d9dfd52533cb96a04a65997828

Kredit: FB Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan-Official

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seorang pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Muhammad Amir Asyraf Ahmad Sabri, yang dilaporkan meninggal dunia, semalam.

Dalam kenyataan hari ini, JPN memaklumkan pihaknya sedang menguruskan bantuan segera dan terbaik untuk disalurkan kepada keluarga pelajar berkenaan.

"Langkah ini diambil bagi memastikan aspek kebajikan serta kesejahteraan keluarga Allahyarham sentiasa terpelihara," menurut kenyataan itu.

Berikutan itu, JPN Kelantan turut mendoakan agar Allahyarham dicucuri rahmat dan seluruh keluarganya dikurniakan ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi ujian tersebut.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo mengesahkan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama Sekolah Menengah Paloh, Gua Musang, semalam.

 
14229855544014517-397396.jpg

14229855544014517-397397.jpg

14229855544014517-397398.jpg

14229855544014517-397399.jpg


Pelajar Tingkatan 1 meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di asrama

ADILA SHARINNI WAHID

GUA MUSANG - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sebuah sekolah menengah di Paloh di sini, sebelum disahkan meninggal dunia akibat pendarahan secara tiba-tiba di kepala serta paru-paru berair pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 8.53 pagi daripada bapa remaja berkenaan yang memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri di asrama sekolah terbabit.

Menurut beliau, mangsa berusia 13 tahun kemudian dibawa pihak sekolah ke Klinik Kesihatan Chiku 3 untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, pegawai perubatan di klinik berkenaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Susulan itu, pemeriksaan bedah siasat dijalankan pada jam 3.30 petang di Hospital Gua Musang,” katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita pada Rabu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati punca kematian adalah akibat pendarahan spontan di bahagian kepala serta paru-paru berair.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah terlibat dalam kejadian ini,” katanya.

Menurutnya, mayat pelajar itu sudah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Tambah beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu sensitiviti keluarga mangsa,” katanya.

Artikel Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register