BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar tingkatan 2 meninggal dunia selepas latihan ragbi

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
14258853643792613-406816.jpg

14258853643792613-406817.jpg

14258853643792613-406818.jpg

14258853643792613-406819.jpg


Pelajar tingkatan 2 meninggal dunia selepas latihan ragbi

MELAKA – Seorang pelajar lelaki tingkatan dua meninggal dunia selepas rebah ketika mengikuti sesi latihan ragbi di sebuah sekolah menengah di Telok Mas di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua dilaporkan tiba-tiba pengsan ketika sedang mendengar taklimat daripada jurulatih selepas sesi latihan dihentikan untuk berehat.

Datuk saudara mangsa, Yahya Endut, 64, berkata, dia terkejut apabila menerima panggilan memaklumkan kejadian menimpa cucu saudaranya yang tinggal di asrama sekolah berkenaan.

Menurutnya, sebaik menerima berita tersebut, dia bergegas dari Alor Gajah ke Hospital Melaka bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Saya dimaklumkan ketika kejadian arwah baharu sahaja menjalani latihan kira-kira 15 minit sebelum jurulatih meminta semua pemain berhenti berehat.

“Ketika sedang duduk mendengar taklimat, arwah tiba-tiba rebah dan mengalami kesukaran bernafas sebelum dibawa mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka malam ini.

Yahya berkata, pemergian mangsa amat mengejutkan ahli keluarga kerana arwah tidak pernah mengadu mengalami sebarang masalah kesihatan sebelum ini.

“Arwah juga tidak pernah bercerita mempunyai sebarang masalah ketika berada di asrama, sebab itu kami sekeluarga sangat terkejut dengan kejadian ini,” ujarnya.

Beliau berkata, jenazah mangsa dijangka dibawa pulang ke kampung halaman keluarga untuk urusan pengebumian selepas proses bedah siasat selesai dijalankan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, Datuk Rahmad Mariman ketika ditemuikan mengesahkan kejadian.

“Mangsa yang bersekolah di Telok Mas rebah semasa taklimat selepas latihan ragbi sebelum meninggal dunia,” katanya.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superitendan Halim Abas mengesahkan kejadian dan akan mengeluarkan kenyataan mengenai insiden berkenaan.

Artikel Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register