BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemain Ragbi SUKMA Meninggal Dunia Semasa Latihan Di Kulim

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Pemain Ragbi SUKMA Meninggal Dunia Semasa Latihan Di Kulim​

3dfb0eab531b18693aa8175b8e494c0960649ae74c254


Seorang pemain ragbi Sukan Malaysia (SUKMA) Pulau Pinang rebah dan tidak sedarkan diri sewaktu menjalani latihan di padang Batalion Kedua Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata Muhammad Adam Putra Syahril, 21, yang rebah semasa latihan sedang berjalan pada 5.30 petang telah diberikan bantuan awal oleh jurulatihnya, namun tiada tindak balas.

Beliau berkata penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Perlis itu kemudian dibawa ke Hospital Kulim dengan ambulans, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di unit kecemasan hospital berkenaan.

"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan pemain ragbi berkenaan yang berasal dari Kulim, sedang menjalani latihan praktikal di daerah ini dan tidak mempunyai sejarah penyakit.

 
Back
Top
Log in Register