BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar Tingkatan Satu Maut Dirempuh Motosikal Selepas Terjatuh

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pelajar Tingkatan Satu Maut Dirempuh Motosikal Selepas Terjatuh​

778bc04e4eed66f39a3f5b80309c06726a0b1c4e76faa

Foto: IPD Gua Musang

Seorang pelajar tingkatan satu meninggal dunia ketika menerima rawatan selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga motosikal di Jalan Paloh 2 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata mangsa disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Gua Musang pada 10.41 pagi tadi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira 2 petang semalam ketika mangsa menunggang motosikal dari arah Paloh 1 menghala ke Paloh 3.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah motosikal Honda yang ditunggang remaja lelaki berusia 13 tahun sebelum hilang kawalan dan terjatuh. Mangsa kemudian dilanggar sebuah lagi motosikal Yamaha yang ditunggang seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari arah belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sik berkata mangsa mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan awal di Klinik Kesihatan Chiku 3 sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

“Mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik hospital berkenaan untuk proses bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 09-912 1222 bagi membantu siasatan.

 
Back
Top
Log in Register