BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita meninggal dunia selepas keluar dari rumah hantu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Wanita meninggal dunia selepas keluar dari rumah hantu​

geli-rumah-hantu.jpeg

BNW meninggal dunia selepas keluar dari rumah hantu di Apollo Supermall baru-baru ini. - KOMPAS

JAKARTA – Seorang wanita meninggal dunia selepas keluar dari rumah hantu di sebuah pusat beli-belah di Tulungagung, wilayah Jawa Timur, lapor laman berita Detik.

Kejadian berlaku di Apollo Supermall, baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awam Polis Tulungagung, Inspektor Nanang Murdiyanto berkata, wanita dikenali sebagai BNW, 39, berkunjung ke pusat beli-belah itu bersama anaknya sebelum memasuki rumah hantu secara bersendirian.

“Lima minit kemudian, BNW keluar dari rumah hantu bersama pengunjung lain dan sempat duduk di kerusi.

“Dia bagaimanapun rebah ke lantai dan kepalanya terhantuk pada kerusi. Kakitangan bergegas memberi bantuan kecemasan, namun mangsa tidak mempunyai degupan jantung atau pernafasan,” kata Nanang.

Jasad mangsa diserahkan kepada keluarganya selepas selesai bedah siasat.

“Kami tidak menemukan sebarang kejanggalan dalam kematian BNW. Menurut ahli keluarganya, dia menghidap hipertensi,” tambah Nanang. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register