BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terpacak depan pintu, lelaki tuntut bekas kekasih pulangkan semua barang

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Terpacak depan pintu, lelaki tuntut bekas kekasih pulangkan semua barang​

geli-barang.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu berdiri di hadapan rumah bekas teman wanitanya. - Instagram

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia menerima kecaman orang ramai apabila dirakam meminta memulangkan semua barangan yang pernah diberikan kepada bekas kekasihnya, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video kejadian dikongsi di platform Instagram oleh akaun @moodmakassar menunjukkan lelaki terbabit berdiri di hadapan rumah bekas teman wanitanya.

Selain meminta untuk memulangkan semua barang yang pernah diberikan, dia mengaku menjadi anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Namun, seragam yang dibawa adalah milik bapanya.

Rakaman itu mencatatkan lebih 26,700 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Sanggup pinjam seragam bapa,” kata seorang netizen.

“Salah anda kerana memilih lelaki yang salah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register