BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tidak sangka kekasih pulang, lelaki berdua-duan teruk dibelasah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
dibelasah-kekasih.webp

Keadaan Beam selepas teruk dibelasah. - Facebook

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand diserang kekasih seorang wanita yang didakwa menggodanya selepas mereka ditangkap berdua-duaan di dalam sebuah rumah, lapor portal berita Must Share News semalam.

Dalam kejadian pada 24 Disember 2025, mangsa yang dikenali sebagai Beam pada awalnya dihampiri seorang wanita yang meminta untuk berkenalan.

Selepas mengajak Beam duduk semeja dengannya di kedai makan, mereka berbual dan saling bertukar profil media sosial.

Wanita itu mengajak Beam ke rumahnya dengan alasan mahu menunjukkan kucingnya  kepada mangsa, selain mengaku tidak mempunyai teman lelaki.

Beam mengikut wanita itu pulang dan mereka mula bermesra.

Namun, teman lelaki wanita berkenaan tiba-tiba pulang ke rumah lalu membelasah Beam.

Mangsa berjaya meninggalkan rumah itu sebelum  dibawa ke hospital oleh keluarganya dan membuat laporan polis.

Teman lelaki wanita tersebut juga membuat laporan di balai polis. Dia  menuduh Beam pencuri serta menceroboh masuk ke rumah tersebut. – AGENSI

 
Wanita itu mengajak Beam ke rumahnya dengan alasan mahu menunjukkan kucingnya kepada mangsa, selain mengaku tidak mempunyai teman lelaki.

Loaded and underrated statement
 
Back
Top
Log in Register