BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cinta dengan suami orang tak direstui, lelaki ditikam bapa kekasih

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201

14040429667267581-314181.jpg


Cinta dengan suami orang tak direstui, lelaki ditikam bapa kekasih

13 Ogos 2025 08:20am

MUSI RAWAS - Seorang lelaki cedera parah ditikam bapa kekasihnya kerana cinta mereka tidak direstui.

Tragedi itu menimpa Kadarta Reza, 30, warga Desa Taba Remanik, Kecamatan Selangit Kabupaten Musi Rawas (Mura), Sumatera Selatan di Indonesia ketika bertemu teman wanitanya.

Reza tiba di rumah keluarga kekasihnya di Dusun IV, Desa Petunang, Kecamatan Tuah Negeri ketika kejadian pada Isnin.

Kanit Pidum Satreskrim Polres Mura, Ipda Novra Robialda berkata, pelaku dikenali sebagai Autar, 43, tidak senang melihat kedatangan mangsa.

"Dia membawa sebilah pisau lalu menikam bahu kanan Reza dan menusuk bahagian punggungnya beberapa kali. Akibat serangan itu, mangsa mengalami lima luka tikaman.

"Siasatan awal mendapati pelaku berang kerana mangsa menjalinkan hubungan dengan anaknya meskipun sudah beristeri," jelasnya.

Reza yang sempat melarikan diri ke kebun berhampiran akhirnya diselamatkan penduduk setempat yang membawanya ke Rumah Sakit dr dr Sobirin Pangeran M Amin Muara Beliti Musi Rawas.

Menurut Novra, pihak berkuasa telah merampas sejumlah barang bukti dan kini sedang memburu pelaku yang bertindak melarikan diri. - Agensi

Artikel : Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register