BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perselisihan faham akibat tuntutan nafkah, wanita cedera dibelasah bekas suami

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201


haih blom lagi masok 2026 ada lagi muka pucat penyondol dan jatey muka hauk

Perselisihan faham akibat tuntutan nafkah, wanita cedera dibelasah bekas suami


KUALA LUMPUR - Disebabkan perselisihan faham akibat tuntutan nafkah seorang wanita cedera dibelasah bekas suaminya dalam kejadian di Taman Scientex Kundang Jaya, Kundang, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian pada jam 11.47 malam, anak perempuan pasangan berkenaan yang berusia tujuh tahun turut mengalami kecederaan selepas dipercayai ditolak suspek.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Abang Kaderi Abang Wasli berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan, pada jam 10.33 pagi Isnin.

Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku ketika suspek menghantar anak ke rumah mangsa.

"Suspek yang berusia 34 tahun didakwa bertindak agresif terhadap bekas isterinya sebelum turut mencederakan anak perempuan mereka," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Susulan kejadian, kata Abang Kaderi, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Beliau memberitahu, kes kini berada di peringkat siasatan lanjut pihak polis.


Polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan. - Awani

Artikel : Sinar Harian

 
Back
Top
Log in Register