BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bagi alasan cari cacing, suami rupanya singgah rumah ‘bekas isteri orang’

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,148
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,148
Reaction score
346
Points
141
Geli-sya-cacing-janda.jpg

Si isteri menyerang kekasih gelap suaminya. - Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita ‘menangkap’ suaminya berdua-duaan dengan seorang ibu tunggal di sebuah rumah selepas lelaki tersebut memberi alasan bahawa dia keluar mencari cacing, lapor laman berita Tren Media News.

Kejadian itu bermula apabila si isteri  curiga selepas suaminya tidak pulang ke rumah dalam tempoh lama setelah lelaki itu memberitahu bahawa dia pergi menangkap cacing.

Setelah puas mencari, si isteri akhirnya pergi ke rumah wanita berkenaan sebelum mendapati bahawa suaminya berada di situ.

Dalam satu video tular, si isteri dilihat menyerang kekasih gelap suaminya, selain dia turut bertengkar dengan lelaki itu.

Mereka ditenangkan oleh beberapa individu lain sebelum video berakhir.

Tidak dinyatakan keadaan ketiga-tiga mereka selepas insiden itu. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register