BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita dicerai selepas bersalin, suami dah janji pada kekasih

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
Geli-sya-cerai-bersalin.jpg

ISTERI diceraikan suaminya sejurus dia melahirkan anak. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menjadi perhatian ramai kerana diceraikan suaminya sejurus dia dibenarkan keluar dari hospital selepas melahirkan anak, lapor laman berita Sekitar Bandung.

Dalam satu video tular di platform TikTok, wanita tersebut dikatakan baru pulang ke rumah selepas bertarung nyawa melahirkan anak.

Dia kemudian diceraikan suaminya gara-gara janji yang dibuat kepada teman wanita lelaki berkenaan.

Menurut laporan, teman wanita suaminya selama ini membiayai kewangan lelaki itu.

Si suami juga dikatakan telah berjanji kepada wanita tersebut untuk menceraikan isterinya selepas anaknya dilahirkan.

Video itu menjadi tular dengan ramai pengguna media sosial memberi kata-kata semangat kepada si isteri serta menawarkan bantuan kepadanya. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register