BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tempoh 72 Jam Pertama Selepas Strok, Masa Kritikal Pemulihan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
8fee18fe3889618707c602123b90f9ad6903716f123d8

61c62d42026bb8635dcd509f8e69b03e69037189c0c07

ecbdced9d7b5a40c348ba668d8d8e1546903720c72b5c

Kredit: Sunway Medical Centre (SMC)

Tempoh 72 jam pertama selepas serangan strok merupakan masa paling kritikal untuk menentukan peluang pemulihan dan menyelamatkan pesakit.

Pakar Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr Aaron Lai Kuo Huo dalam kenyataan berkata apabila seseorang itu diserang strok, setiap detik sangat bernilai kerana hampir 1.9 juta neuron akan hilang dalam setiap seminit.

"Tempoh 72 jam pertama atau sering dirujuk sebagai ‘jendela waktu penting’ boleh menentukan sama ada pesakit itu bakal pulih sepenuhnya atau mengalami kecacatan untuk jangka masa panjang.

“Apabila strok menyerang pesakit, otak mereka kurang mendapat oksigen dan sel otak akan mula rosak. Intervensi pantas seperti ubat cair darah atau trombektomi mampu menyelamatkan nyawa dan memelihara fungsi otak tetapi intervensi ini mesti dilakukan dengan kadar segera,'' katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kajian menunjukkan bahawa pesakit yang menerima terapi trombolitik dalam tempoh 4.5 jam mulai dari awal gejala strok mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk pemulihan fungsi.

Selain itu, Dr Aaron berkata strok kekal sebagai punca kedua kematian dengan lebih 12.2 juta kes baharu direkodkan pada 2019 di seluruh dunia, manakala di Malaysia sebanyak  47,911 kes strok baharu direkodkan dengan hampir 20,000 kematian pada tahun sama.

Di Malaysia, beliau berkata golongan muda semakin terdedah untuk menghidap strok dan ia dikenal pasti berpunca daripada amalan gaya hidup tidak sihat seperti diet tidak seimbang, obesiti, tabiat merokok dan kurang aktiviti fizikal.

Beliau berkata kajian turut menunjukkan peningkatan sebanyak 53.3 peratus dan 50.4 peratus kes strok masing-masing dalam kalangan lelaki dan wanita, lingkungan julat umur 35 hingga 39 tahun.

“Pesakit yang lebih muda sering terlepas pandang untuk mengecam gejala awal strok atau melengah-lengahkan urusan untuk mendapatkan rawatan, menyebabkan kesan strok yang dialami lebih buruk,'' kata Dr Aaron.

 
Back
Top
Log in Register