BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepanyol kejar masa kritikal 48 jam

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Sepanyol kejar masa kritikal 48 jam​

3597677.webp

Kawasan yang binasa dijilat api di kawasan Camino de Navahonda berhampiran Robledo de Chavela, kira-kira 60 kilometer barat Madrid. - Foto AFP

NAVALUENGA - Sepanyol berdepan dua hari tempoh kritikal untuk mengawal kebakaran hutan sebelum keadaan cuaca bertambah buruk, menurut pihak berkuasa pada Isnin.

Kebakaran hutan yang tercetus di kawasan hutan sekitar ibu kota ketika kemuncak musim cuti musim panas memaksa kira-kira 60,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Api yang terus marak itu telah memusnahkan kawasan hutan yang menjadi sangat kering akibat gelombang haba berulang selain kekurangan hujan sejak Mei lalu.

Menteri Dalam Negeri Fernando Grande-Marlaska berkata, Isnin dan Selasa merupakan 'hari yang amat penting' untuk mengawal kebakaran sebelum suhu kembali meningkat.

Menurut pihak berkuasa, kebakaran di negara Semenanjung Iberia itu telah menjejaskan kawasan seluas 77,000 hektar yang hampir menyamai saiz kota metropolitan New York.

Pakar meteorologi menjangkakan gelombang haba baharu melanda Eropah Barat minggu ini dengan cuaca panas terik Tturut kembali melanda Perancis. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register