BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

4 serangan jerung dalam tempoh 48 jam

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
3407590.webp

Semua pantai utara di Sydney telah ditutup sehingga diberitahu kelak. - Foto Agensi

SYDNEY – Seorang lagi peluncur diserang jerung pada Selasa yang merupakan kejadian keempat dalam tempoh 48 jam.

Mangsa dilaporkan sedang meluncur di Pantai Tengah Utara New South Wales (NSW) apabila dia digigit jerung banteng.

"Dia bernasib baik kerana mengalami kecederaan ringan," menurut lembaga keselamatan pantai dalam satu kenyataan.

Insiden itu berlaku sehari selepas dua peluncur berdepan serangan sama di luar pantai utara Sydney.

Salah seorang daripada mangsa dilaporkan cedera parah.

Susulan kejadian itu, kesemua pantai utara di Sydney telah ditutup sehingga diberitahu kelak.

Sementara itu, saintis percaya hujan lebat, baru-baru ini telah menarik jerung banteng ke kawasan pantai di mana sungai mengalir ke laut. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register