BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TEKUN Salur RM36 Juta Kepada 1,500 Usahawan Negeri Sembilan Sehingga Jun

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

TEKUN Salur RM36 Juta Kepada 1,500 Usahawan Negeri Sembilan Sehingga Jun​

b5549575fdc609d636df50984f9739596a5dbdd922160

c12d79dab36e320234d268ff9f6aadcb6a5dbd88403f5

--kredit Pejabat Menteri

TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM36 juta kepada kira-kira 1,500 usahawan di Negeri Sembilan sehingga Jun tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong dalam kenyataan hari ini memaklumkan di peringkat nasional pula, sebanyak RM540 juta disalurkan kepada 25,600 usahawan dalam tempoh yang sama.

Beliau berkata TEKUN telah memberikan sumbangan besar kepada pembangunan usahawan tempatan sejak ditubuhkan 30 tahun lepas, namun setiap kelemahan dan jurang dalam proses penyampaian perlu terus diperbaiki berdasarkan pengalaman sebenar usahawan.

Sehubungan itu, beliau menetapkan sasaran supaya keputusan bagi permohonan pembiayaan TEKUN bernilai RM100,000 dan ke bawah diberikan dalam tempoh tujuh hari, sama ada diluluskan atau sebaliknya.

“Bagi pembiayaan mikro bernilai RM20,000 dan ke bawah pula, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sedang mengusahakan sasaran agar keputusan permohonan dapat diberikan dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Baru-baru ini, Sim menghadiri  program bersama usahawan TEKUN di Seremban yang turut menjadi platform untuk mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai pengalaman mereka memohon, menerima dan membayar balik pembiayaan.

Sim menegaskan bahawa usaha mempercepat proses kelulusan perlu disertai penyaluran dana yang cekap agar usahawan dapat menggunakan pembiayaan berkenaan tanpa perlu menunggu terlalu lama.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa permohonan pembiayaan TEKUN tidak memerlukan sokongan atau pengesahan daripada mana-mana pemimpin politik.

Beliau berkata setiap permohonan mesti dinilai secara profesional dan telus berdasarkan kelayakan pemohon, tanpa mengira kaum, agama atau kecenderungan politik serta tanpa bergantung pada sebarang surat sokongan.

 
Back
Top
Log in Register