BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Salur Subsidi RM3.4 Juta Program Jualan Rahmah Aidilfitri Di Negeri Sembilan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
370c52e55682deb7974d25fb4b306e4369b5077984244

395641fa2675c0fbbd97ee9f6ae2b02969b50757e81a3

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan, S. Veerapan, meninjau barangan kawalan pada Majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa peringkat Negeri Sembilan di Seremban 2, hari ini.

Kerajaan memperuntukkan subsidi RM3.4 juta bagi program Jualan Rahmah sempena Aidilfitri melibatkan lapan Parlimen dan 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan bermula 23 Feb hingga 29 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri S Veerapan berkata kerajaan negeri turut menyediakan subsidi sebanyak 18,000 kilogram (kg) daging yang akan dijual dengan diskaun RM3 sekilogram daripada harga jualan bermula Rabu ini.

"Bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga sempena musim perayaan, anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri akan ditempatkan di lokasi strategik yang menjadi tumpuan orang ramai bagi menjalankan pemantauan secara berterusan.

"Pada masa sama, pengguna juga dinasihatkan supaya lebih berjimat cermat dalam berbelanja. Peringkat Persekutuan sendiri, langkah seperti pembatalan rumah terbuka turut diambil sebagai contoh bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan perbelanjaan secara berhemah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2026 peringkat Negeri Sembilan bermula hari ini hingga 28 Mac.

Veerapan berkata terdapat 23 jenis barangan di bawah skim tersebut, antaranya bawang kuning besar, bawang merah besar, cili merah, daging kerbau import (India), daging lembu tempatan kecuali daging batang pinang, halia tua import dan pelbagai lagi.

Dalam perkembangan berasingan, Veerapan berkata setakat ini tiada aduan atau laporan mengenai pembelian panik di negeri ini susulan konflik di Asia Barat, serta menegaskan pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.

 
Back
Top
Log in Register