combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
KPKT Salur RM430.3 Juta Pacu Kesejahteraan, Kelestarian Negeri Sembilan Dalam Tempoh Empat Tahun
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berucap pada Majlis Sentuhan Kasih KPKT sempena Lawatan Kerja Turun Padang ke Negeri Sembilan di Dewan Komuniti Taman Coral Height hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan peruntukan berjumlah RM430.3 juta kepada Negeri Sembilan bagi melaksanakan 80 projek pembangunan utama merangkumi pelbagai subprojek dan komponen pelaksanaan dari 2023 hingga tahun ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM119.6 juta diperuntukkan untuk tempoh Rolling Plan 1 (RP1) pada tahun ini bagi memperkukuh pembangunan perumahan, kemudahan awam dan kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata sebanyak RM115.5 juta daripada peruntukan tahun ini adalah untuk membiayai Projek Pembangunan KPKT yang diluluskan dalam tempoh RP1 manakala baki RM4.05 juta ialah peruntukan tambahan yang disalurkan khusus untuk memacu agenda pembangunan perbandaran negeri itu.
“Dana tambahan ini merangkumi pembiayaan bagi Kajian Rancangan Pemajuan Negeri Sembilan 2025-2026 bernilai RM3 juta, inisiatif Program Bandar Selamat berjumlah RM750 ribu dan Program Bandar Pintar yang berjumlah RM300 ribu.
“Peruntukan ini bukti komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan rakyat Negeri Sembilan menikmati akses kepada perumahan yang berkualiti, kemudahan awam yang selesa dan persekitaran yang lebih mampan serta sejahtera,” katanya.
Nga berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada jelajah Sentuhan Kasih KPKT 4.0 yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan J. Arul Kumar.
Beliau berkata sebahagian besar peruntukan disalurkan itu khusus untuk memperkukuh agenda perumahan rakyat melalui pembangunan Program Residensi Rakyat (PRR) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR) serta agenda penyelenggaraan perumahan strata di bawah Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) dan Program Penyelenggaraan Perumahan (PPP).
Peruntukan turut memfokuskan agenda kelestarian persekitaran melalui pengurusan sisa pepejal secara mampan selain turut menyalurkan dana bagi pemerkasaan pembangunan kemudahan awam yang merangkumi usaha menaik taraf pasar, gerai dan dewan masyarakat demi merancakkan sosioekonomi setempat.
Nga berkata bagi melengkapkan ekosistem kesejahteraan, KPKT juga tidak mengabaikan aspek keselamatan komuniti menerusi pembinaan balai bomba baharu, pembangunan bandar dan desa termasuk projek Kampung Baru serta inisiatif kesejahteraan masyarakat melalui penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI).