BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FAMA Perlis Salur Geran Lebih RM500,000 Kepada Usahawan IMAT

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,390
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,390
Reaction score
346
Points
141

FAMA Perlis Salur Geran Lebih RM500,000 Kepada Usahawan IMAT​

847d879d1c6b759527b6ad6c825fd97e6a6b306f3957b


Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis menyalurkan geran berjumlah RM510,500 kepada sembilan usahawan Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) di negeri itu setakat hari ini bagi meningkatkan daya saing produk serta memperluas pasaran.

Pengarah FAMA Perlis Mohd Anzara Azizan berkata daripada jumlah itu, RM392,000 diperuntukkan bagi Geran Agropelancongan, Geran Penambahbaikan Outlet K-Shoppe (RM25,000), Geran Sokongan Alatan Pemasaran (RM10,000) serta Geran Pembaikan Imej dan Pembungkusan Produk (RM83,500).

"Penyaluran geran ini satu daripada inisiatif FAMA untuk membantu usahawan meningkatkan jualan dan pendapatan serta meningkatkan keberkesanan pemasaran supaya kekal relevan.

“Geran pembaikan imej ini di bawah Projek Pembangunan Pasaran dan Padanan Produk IMAT untuk manfaat usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tahap satu hingga tiga agar mampu berdaya saing di pasaran tempatan,” katanya selepas majlis penyerahan Geran Pembaikan Imej dan Pembungkusan Produk di Pejabat FAMA Perlis di sini hari ini.

Mohd Anzara berkata nilai jualan yang direkodkan 319 usahawan IMAT di Perlis setakat hari ini mencecah RM4.8 juta iaitu meningkat 30 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata peningkatan nilai jualan itu membuktikan bantuan dan bimbingan FAMA berjaya memperkukuh daya saing usahawan serta membantu mengembangkan pasaran produk tempatan.

“FAMA turut memantau aspek pemasaran dan penetapan harga produk usahawan bagi memastikan harga yang ditawarkan kekal berpatutan dan kompetitif,” katanya.

Mohd Anzara berkata FAMA menyediakan sembilan jenis geran dan perkhidmatan kepada usahawan IMAT, sekali gus beliau mengharapkan lebih ramai usahawan memanfaatkan kemudahan itu bagi mengembangkan perniagaan mereka.

 
Back
Top
Log in Register