BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TEKUN Salur RM52 Juta Kepada 2,400 Usahawan Di Johor, Ketiga Tertinggi di Malaysia

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

TEKUN Salur RM52 Juta Kepada 2,400 Usahawan Di Johor, Ketiga Tertinggi di Malaysia​

25d0671ed839f110b3016aa4c3574f52688210d751021

Dua pekerja Mersing Souvenir House tekun menyiapkan produk cenderamata berasaskan bahan kitar semula.

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menyalurkan pembiayaan berjumlah RM52 juta kepada 2,400 usahawan di Johor bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Mei lepas, menjadikan negeri itu ketiga tertinggi yang menerima pembiayaan tabung berkenaan di seluruh negara.



Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, daripada keseluruhan penerima pembiayaan itu, sebanyak 64 peratus ialah usahawan wanita, sekali gus membuktikan golongan itu memainkan peranan yang amat penting dalam aktiviti keusahawanan, dan menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara.



“Penerima pembiayaan TEKUN di Johor kebanyakannya terlibat dalam sektor perkhidmatan dengan sebanyak 1,183 usahawan diikuti sektor peruncitan (669), pembuatan (260), kontraktor kecil (234) serta pertanian dan perusahaan asas tani (54),” menurut kenyataan itu.



Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim pada Majlis Ramah Mesra bersama kira-kira 400 usahawan TEKUN Johor, baru-baru ini.

 
Back
Top
Log in Register