BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TEC Lancar Pusat Latihan Qualcomm Academy, Sasar Latih 20,000 Individu Dalam AI Dan 5G

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

TEC Lancar Pusat Latihan Qualcomm Academy, Sasar Latih 20,000 Individu Dalam AI Dan 5G​

4d0057f6a2b65fd54ba66d2d63d62d9b6a4241bfcb5aa

6a5898604ae9432b9c84850382a3244d6a425422e03d8

Pengarah Telecommunication Engineering College (TEC), Suresh Kumar Kandasamy bewrcakap pada sidang media selepas pelancaran Qualcomm Academy Training Centre di Telecommunication Engineering College, Puchong, Selangor.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Telecommunication Engineering College (TEC) melancarkan Pusat Latihan Qualcomm Academy yang pertama di negara ini, sekali gus merealisasikan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kemahiran kira-kira 20,000 individu dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan teknologi 5G.

Inisiatif berkenaan, yang dilaksanakan menerusi kerjasama strategik dengan syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, Qualcomm Technologies, Inc. bermatlamat mempercepat pembangunan bakat sedia ada untuk memenuhi keperluan industri serta memperkukuh tenaga kerja digital negara menerusi latihan berstruktur dan program pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Pengarah TEC Suresh Kumar Kandasamy berkata platform global berkenaan menyediakan repositori pengetahuan yang luas dalam bidang teknologi maklumat, AI dan 5G untuk dimanfaatkan oleh pasaran tempatan.

“Kami memanfaatkan platform terbabit bagi memperkasakan golongan belia dan tenaga kerja sedia ada  dengan mempertingkat kemahiran dan pengetahuan mereka dalam teknologi 5G dan AI supaya kami mempunyai pelbagai kes penggunaan yang boleh dipertingkatkan yang boleh dimanfaatkan dan diamalkan dalam industri.

“Selain itu, kami berhasrat untuk meningkatkan kadar kebolehpasaran dan kemahiran dalam kalangan tenaga kerja negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran berkenaan di sini hari ini.

Pelancaran itu dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang Abbas Salimmi Che Azmi dan turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Dr Azmi Ahmad.

Suresh berkata susulan pelancaran berkenaan, pihaknya akan memulakan projek perintis bersama beberapa institusi pengajian tinggi bagi memperluas akses kepada pembelajaran AI dan 5G.

Sementara itu, Abbas Salimmi berkata program diperkenalkan TEC itu merupakan usaha bermakna khususnya bagi memberi pendedahan kepada golongan muda berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Beliau berkata inisiatif seumpama itu platform terbaik untuk melahirkan modal insan berkemahiran, di samping menggesa pihak berkepentingan supaya menumpukan usaha dalam melahirkan usahawan sepenuh masa yang berupaya menerajui teknologi berasaskan AI dan robotik pada masa akan datang.

 
Back
Top
Log in Register