combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,195
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,195
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Taylor's Education Group Jalin Kerjasama Dengan SenTia School Perkukuh Portfolio K-12
Kredit: Taylor’s Education Group (TEG)
Taylor's Education Group (TEG) memeterai perkongsian strategik dengan SenTia School, sebuah institusi K-12 terkemuka di Vietnam, sebagai sebahagian daripada pengembangan berterusan dalam usaha pendidikan serantaunya.
TEG dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kerjasama tersebut mengukuhkan portfolio K-12 kumpulan itu yang semakin berkembang serta menyokong komitmen jangka panjangnya untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi yang menumpukan kepada masa hadapan di seluruh Asia.
SenTia School pula menawarkan kurikulum kebangsaan Vietnam sebagai asas utamanya, disokong oleh pendidikan dwibahasa dan program ditanda aras antarabangsanya yang selari dengan falsafah “ Happy Growing” dan strategi fokus “Vietnamese Identity, International Quality” negara itu.
Menurut TEG, British University Vietnam (BUV), ahli Taylor's Education Group, akan memainkan peranan penting dalam menyokong peningkatan akademik SenTia.
Sebagai universiti pertama dan satu-satunya di Vietnam yang menerima pengiktirafan akreditasi QAA, BUV akan menyumbang kepakaran akademik dan rangka kerja jaminan kualitinya untuk memperkukuh penyampaian kurikulum kebangsaan SenTia serta Program Antarabangsa Oxfordnya.
"Sebagai sebahagian daripada Taylor's Education Group, pelajar SenTia akan mendapat manfaat daripada pendedahan serantau yang lebih luas melalui program mobiliti pelajar, inisiatif pembangunan kepimpinan dan peluang pembelajaran kolaboratif di seluruh rangkaian pendidikan TEG di Malaysia, Singapura dan Vietnam," maklum kenyataan itu.
Kerjasama itu juga akan menyediakan guru akses kepada peluang pembangunan profesional, penanda aras akademik dan perkongsian amalan terbaik dalam seluruh Kumpulan.
Pelajar di SenTia akan mendapat manfaat seterusnya daripada akses kemasukan ke Taylor's College dan Taylor's University Malaysia, British University Vietnam, serta rangkaian rakan universiti BUV di Britain dan antarabangsa.
Menyentuh tentang kerjasama itu, pengerusi eksekutif TEG Datuk Loy Teik Ngan berkata pendidikan berkualiti perlu disampaikan secara ikhlas dan berdisiplin, mewujudkan persekitaran yang memberi inspirasi kepada pelajar agar mereka sentiasa berasa disokong dan diberi kekuatan untuk melangkah lebih jauh.