combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,183
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,183
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
HeiTech Padu, Crux Education Jalin Kerjasama Lahirkan Tenaga Kerja Masa Hadapan
Foto kredit: Crux Education Sdn Bhd
HeiTech Padu Bhd (HeiTech) menjalinkan kerjasama strategik selama tiga tahun dengan Crux Education Sdn Bhd (Crux) bagi membangunkan, melaksanakan dan mengkomersialkan program latihan, pendidikan eksekutif serta peningkatan keupayaan tenaga kerja.
Menurut HeiTech, kerjasama itu akan menumpukan kepada kecerdasan buatan (AI) dan teknologi memuncul, keselamatan siber dan risiko digital, pembangunan kepimpinan serta pengurusan, pensijilan teknikal teknologi maklumat dan peningkatan kemahiran korporat.
“Program itu menyasarkan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan organisasi korporat,” menurut HeiTech dalam kenyataan hari ini.
Perjanjian kerjasama itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HeiTech Syed Omar Albar Syed Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Crux Dr Darren Ng, di sini.
Syed Omar berkata organisasi perlu melabur untuk pekerja mereka ketika teknologi terus mengubah industri dan sifat pekerjaan.
“Teknologi mungkin membolehkan transformasi berlaku, tetapi manusia yang melaksanakan perubahan. Organisasi tidak boleh hanya mengharapkan pekerja mereka menyesuaikan diri tanpa bimbingan.
“Kita perlu memberikan mereka pengetahuan, sokongan dan keyakinan untuk berkembang seiring dengan perubahan teknologi,” katanya.
Syed Omar berkata program itu akan menggabungkan pandangan praktikal serta pengajaran yang diperoleh daripada persekitaran operasi sebenar, sekali gus membolehkan peserta memahami bagaimana AI boleh digunakan secara bertanggungjawab, mengenal pasti bidang yang boleh menjana nilai serta mengurus risiko yang berkaitan.
Beliau berkata daya tahan keselamatan siber turut bergantung bukan sahaja kepada teknologi, tetapi juga tadbir urus, proses dan tingkah laku manusia.
Loading…
www.bernama.com