BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LPNM-UMT Jalin Kerjasama Hasilkan Dua Produk Inovasi Nanas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

LPNM-UMT Jalin Kerjasama Hasilkan Dua Produk Inovasi Nanas​

9e50fae3c962eb93aba9e82abf98d5e16a9a7c93a073e

c89a35269b910cbe45e0ade4f1aff7726a9a7cbe08727

b93b90bfeafd852e6b6ff6824a5172df6a9a7c5b63ec4

d4ec7a4dc71cb048818af156e2aaa4636a9a7ceeaf18b

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin menyempurnakan gimik pelancaran Produk Hiliran Nanas (Makanan dan Bukan Makanan) Pinasur Biodetergent & Pinebiotic Strip sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).
Turut sama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Linda Buang (kanan), Pensyarah Institut Adaptasi Iklim dan Bioteknologi Marin, Prof.Ts.Dr Fadzilah @ Adibah Abd Majid (dua, kiri), Pensyarah Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi, Prof Madya Ts.Dr Fauziah Tufail Ahmad.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerjasama strategik penyelidikan antara Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menghasilkan dua produk inovasi berasaskan nanas menerusi geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) LPNM.

Produk pertama, Biosurfaktan Lestari merupakan bahan asas biodetergen organik berasaskan sisa nanas yang dibangunkan bagi menggantikan surfaktan sintetik.

Projek itu diketuai Prof Dr Fadzilah @ Adibah Abd Majid dari UMT dan dibangunkan dalam tempoh setahun, selain terbukti mempunyai kestabilan pH, daya pembersihan yang berkesan serta keupayaan menghasilkan buih yang baik.

Satu lagi projek R&D UMT yang diketuai Prof Madya Dr Fauziah Tufail Ahmad memfokuskan pengkomersialan puri nanas MD2 sebagai snek berbentuk fruit leather menerusi Pinebiotic Strip Nanas.

Produk berkenaan mengandungi 90 peratus puri nanas MD2 yang digabungkan dengan enzim bromelain semula jadi serta probiotik Lactobacillus brevis bagi menyokong kesihatan sistem pencernaan, sekali gus menawarkan alternatif makanan ringan yang lebih sihat.

Produk itu dibangunkan menerusi beberapa peringkat, termasuk pemprosesan puri, analisis bromelain menggunakan HPLC, penggabungan probiotik, pengeringan optimum, ujian sensori dan pembungkusan komersial.

Majlis pelancaran kedua-dua produk inovasi itu disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin di Laman Agro Food Nanas sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah LPNM Linda Buang.

Linda berkata projek berkenaan merupakan sebahagian daripada Program Kajian Penyelidikan dan Inovasi Produk Nanas di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), dengan peruntukan RM4 juta bagi tempoh 2021 hingga 2025.

 
Back
Top
Log in Register