BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Inovasi LPNM Ubah Sisa Nanas Menjadi Pelet Ternakan Bernilai Tinggi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146
dd2a8d3f9e82b1e3bdcb37be3a52ceaa692bbe44b122d

cf94fbaa165812dae48e08b29ba09674692bbe6d08e55

f22d9e5c4f6992e8c7f5af2c7124418c692bbcb9a13d3

61d7cfaa2eb478fde5b01d52a8d1db25692bbe8b050a6

Usaha berterusan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) memanfaatkan sisa nanas turut mendorong inovasi penghasilan pelet makanan ternakan yang mempunyai potensi besar untuk diperluas bagi kegunaan domestik serta dieksport ke luar negara.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Langkah berterusan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dalam memanfaatkan sisa nanas telah membawa kepada inovasi penghasilan pelet makanan ternakan yang berpotensi besar untuk dikembangkan bagi kegunaan tempatan serta dieksport ke luar negara.

Ketua Pengarah LPNM Mohd Khairuzamri M Salleh berkata inovasi itu bukan sahaja membuka dimensi baharu dalam industri hiliran negara, tetapi turut berupaya mengurangkan kebergantungan terhadap produk import sekali gus menjana dan menambah pendapatan pengusaha tempatan.

Beliau berkata pihaknya turut menerima permintaan baru-baru ini daripada sebuah syarikat di Jepun yang berminat menggunakan sisa kering nanas sebagai makanan ternakan lembu wagyu, selain digunakan sebagai medium tanaman dan penghantaran sampel ke Niigata Jepun telah dibuat oleh pihak LPNM bagi melihat kesesuaian penggunaannya.

Kejayaan inovasi yang dibangunkan menerusi peruntukan pembangunan dan peruntukan khas di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) itu, turut membuktikan komitmen LPNM dalam menjayakan pendekatan konsep tiga kali tuaian, ke arah merealisasikan tanaman nanas sebagai sumber kekayaan baharu dalam sektor pertanian.

“Kita memberikan fokus yang lebih dalam RMK12 terhadap penghasilan pelbagai produk hiliran berasaskan sisa nanas melalui kerjasama kajian dan antara yang berpotensi tinggi ialah makanan ternakan.

"Segmen ini sememangnya menggunakan banyak bahan daripada sisa nanas yang boleh digarap dan diformulasikan kepada bentuk lebih baik untuk tujuan penyimpanan, logistik dan sebagainya,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan dengan itu, Mohd Khairuzamri berkata LPNM akan terus memastikan gerak kerja memperkukuh pembangunan sisa diteruskan melalui pelaksanaan projek Pengukuhan Inovasi Agronanas dan Pengurusan Rantaian Tuaian Ketiga Nanas dalam RMK13.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi LPNM Elmie Adha Ismail berkata setakat ini sebanyak lima jenis pelet makanan ternakan berjaya dihasilkan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), setelah melalui beberapa fasa kajian sejak 2021 di bawah RMK12.

 
Back
Top
Log in Register