kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,703
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,703
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Pengarah Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Elmie Adha Ismail
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) terus memperkasakan inovasi berasaskan nanas dengan menghasilkan dan memperkenalkan produk anyaman daripada daun nanas, satu langkah yang berpotensi membuka peluang ekonomi baharu kepada komuniti luar bandar sekali gus mengurangkan sisa pertanian.
Pengarah Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi LPNM Elmie Adha Ismail berkata inisiatif itu sebahagian daripada pelaksanaan konsep tiga kali tuaian, iaitu pendekatan yang mengoptimumkan tiga jenis tuaian daripada tanaman nanas, iaitu buah, benih, dan sisa.
“Pokok nanas bukan sekadar menghasilkan buah sebagai hasil utama, malah turut memberi pulangan melalui tuaian benih dan sisa. Daripada sisa inilah kami membangunkan pelbagai produk bukan makanan seperti benang, kertas, dan terkini, anyaman daun nanas,” katanya kepada Bernama di Kampung Rimba Terjun, Pontian baru-baru ini.
Beliau berkata projek anyaman daun nanas bermula pada awal 2024 selepas LPNM berjaya mengadaptasi teknologi pemprosesan dari luar negara.
Pelbagai siri latihan dan program pemindahan teknologi dilaksanakan untuk membantu banyak pengusaha tempatan menghasilkan produk berasaskan daun nanas, menyaksikan sambutan paling menggalakkan datang daripada komuniti usahawan wanita dan pengusaha kraf tangan seperti di Sarawak.
Beliau berkata LPNM telah bekerjasama dengan pengusaha di Johor dan kini dalam program mewujudkan kumpulan komuniti anyaman di Sarawak bagi memanfaatkan sisa daun nanas sebagai bahan alternatif menggantikan rotan dan buluh yang semakin berkurangan.
Kini produk keluaran mereka semakin berjaya menembusi pasaran tempatan serta menjadi identiti baharu bagi segmen kraf tangan dan fesyen.
Bagi hala tuju untuk memperluas produk ini, LPNM akan mewujudkan lebih ramai pengusaha terlibat terutamanya melalui kelompok atau komuniti serta sedia bekerjasama dengan pemain industri dalam kraf tangan dan pereka fesyen.
Menyentuh mengenai produk sisa, LPNM turut mengukuhkan rantaian tuaian sisa dengan penghasilan 'Pinapeat', yang juga produk separa pemprosesan daripada sisa nanas yang telah melalui proses pengeringan.
Inovasi Anyaman Nanas: LPNM tingkatkan Nilai Tambah Produk Sisa Nanas
LPNM, Elmie Adha Ismail, anyaman nanas, pinapeat