Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,768
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,768
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Dari Sisa Ke âEmas Hijauâ: Benang Serat Nanas Beri Hasil Lumayan
Usahawan Benang Serat Nanas M&Z, Munah Abd Kadir
Pelepah atau daun nanas yang lazimnya dianggap sisa pertanian tidak bernilai dan dibuang begitu sahaja selepas musim tuai, kini berubah menjadi “emas hijau” yang mampu menjana pendapatan lumayan di tangan seorang usahawan kreatif.
Munah Kadir, 55, usahawan hiliran dari Kampung Rimba Terjun di sini, berjaya menterjemah sisa tersebut menjadi benang serat nanas berkualiti tinggi, yang mempunyai nilai pasaran premium mencecah ribuan ringgit.
Anak jati Pontian itu, konsisten mengusahakan perusahaan benang serat nanas sejak 2007, sebelum mengembangkannya menjadi pelbagai produk hiliran menggunakan benang serat nanas seperti rantai kunci bersulam, sulaman corak pada beg tangan dan kain tenun.
“Nilai benang serat nanas ini amat tinggi di pasaran, dengan harganya boleh mencecah sehingga RM900 untuk setiap kilogram (kg), dengan jualan banyak dibantu oleh LPNM (Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia) selain institusi pendidikan yang memerlukan serat nanas bagi tujuan pembelajaran.
“Bagaimanapun, untuk menghasilkan satu kilogram benang serat itu bukannya kerja mudah dan sekejap, kita memerlukan 100kg daun nanas atau bersamaan dengan 4,000 helai daun,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Menceritakan proses penghasilannya, Munah menjelaskan ia bermula dengan pemilihan daun daripada pokok nanas matang yang buahnya sedia dipetik, bagi memastikan serat yang diperoleh lebih kuat dan tidak mudah putus.
“Kebiasannya kita memilih daun daripada pokok nanas varieti MD2, Josapine dan Gandul, dengan daun dipetik daripada aras kedua dari tangkai. Dari satu pokok itu kita boleh dapat dalam 14 hingga 17 helai daun dan dalam sehari saya kutip purata 800 helai sahaja,” katanya.
Munah yang mendapatkan bekalan bahan mentah daripada penanam nanas di sekitar Air Baloi dan Puteri Menangis, menyifatkan rutin harian di ladang itu bukan satu tugasan mudah kerana prosesnya menuntut ketelitian tinggi.
Loading…
www.bernama.com