combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
POLYCC Perkasa Agenda RDICE, Pastikan Hasil Penyelidikan Beri Impak
imbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim (kiri) melawat reruai pameran pada majlis perasmian penutup Program Pertandingan Inovasi Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) Kebangsaan 2026 (PERISA'26) di Kolej Komuniti Masjid Tanah, hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) memberi tumpuan kepada agenda Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi, Pengkomersialan dan Ekonomi (RDICE) Bertanggungjawab bagi memastikan hasil penyelidikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diterjemahkan kepada manfaat industri, masyarakat dan negara.
Ketua Pengarah POLYCC Dr Shamsuri Abdullah berkata agenda RDICE Bertanggungjawab itu menekankan kepentingan penyelidikan yang bukan sahaja dinilai berdasarkan jumlah projek atau penerbitan, sebaliknya melalui impak yang mampu diberikan kepada masyarakat, ekonomi serta kelestarian alam sekitar.
"Agenda ini membawa satu mesej yang amat penting. Kita tidak lagi menilai kecemerlangan penyelidikan berdasarkan bilangan projek atau penerbitan semata-mata, sebaliknya berdasarkan nilai yang dapat diterjemahkan kepada masyarakat, industri, ekonomi dan kelestarian alam sekitar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Inovasi TVET Kebangsaan 2026 (PERISA '26) oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim di Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) di sini hari ini.
Shamsuri berkata selaras dengan Lonjakan Keenam Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 dan Teras Ketujuh Pelan Strategik Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (PSPKK) 2026-2035, agenda RDICE Bertanggungjawab menjadi antara keutamaan POLYCC.
Beliau berkata penyelidikan yang dijalankan di POLYCC mestilah menghasilkan impak yang boleh dirasai rakyat, menyokong pertumbuhan ekonomi negara serta menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
“Budaya inovasi dalam kalangan warga POLYCC semakin berkembang apabila semakin ramai pensyarah dan pelajar meneroka penyelesaian baharu berasaskan teknologi, kreativiti serta keperluan sebenar industri dan masyarakat,” katanya.
Mengenai PERISA'26, Shamsuri berkata pertandingan itu antara platform terbaik yang membuktikan budaya penyelidikan dan inovasi dalam ekosistem TVET semakin berkembang.
Beliau berkata PERISA'26 berjaya menarik sebanyak 118 penyertaan inovasi daripada 52 institusi di seluruh negara.