BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nuklear Malaysia Perkasa Penulisan Saintifik, Perluas Impak Penyelidikan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Nuklear Malaysia Perkasa Penulisan Saintifik, Perluas Impak Penyelidikan​

9b97dce9eea8328afe1a2eab8a60eaa96a84ff5e358c7

Kredit: Fb Agensi Nuklear Malaysia

Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) terus memperkukuh kemahiran penulisan dan penerbitan saintifik dalam kalangan golongan profesional serta teknikal bagi memastikan hasil penyelidikan dapat disebarkan secara lebih meluas dan memberi manfaat kepada masyarakat serta negara.

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Dr Muhammad Rawi Mohamed Zin berkata penerbitan saintifik merupakan antara petunjuk penting dalam menilai sejauh mana hasil penyelidikan mampu menyumbang kepada perkembangan ilmu, menyelesaikan permasalahan dan memberi nilai tambah kepada pembangunan negara.

Beliau berkata penerbitan berkualiti juga penting bagi memastikan hasil penyelidikan tidak terhenti di peringkat makmal atau institusi, sebaliknya dapat dikongsi, difahami dan dimanfaatkan pelbagai pihak.

“Penerbitan berimpak tinggi adalah cerminan kepada hasil penyelidikan dan kesannya dalam menyelesaikan masalah, memberi manfaat kepada masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar dan Bengkel Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2026 bertemakan “Penerbitan Berimpak Tinggi Teras Perkembangan Ilmu” di sini hari ini.

Muhammad Rawi berkata seminar dan bengkel itu turut memberi pendedahan mengenai perkembangan terkini dalam penerbitan ilmiah, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI), analisis data dan penerbitan akses terbuka.

“Perkembangan berkenaan membuka peluang untuk mempercepat proses penulisan serta memperluas penyebaran ilmu, namun pada masa sama memerlukan pemahaman yang kukuh mengenai integriti akademik, ketepatan data, plagiarisme, etika penggunaan AI dan hak cipta.

"Program ini turut menekankan kepentingan kerjasama antara institusi akademik, agensi kerajaan, penerbit dan pemain industri dalam menggabungkan kepakaran sains, teknologi, bahasa serta penerbitan,” katanya.

Beliau berkata kerjasama Nuklear Malaysia dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) antaranya dizahirkan melalui segmen “Nuklear Untuk Rakyat” dalam Majalah Dewan Kosmik, selain penerbitan buku dan ensiklopedia serta usaha memperkaya pengistilahan sains dalam bahasa Melayu.

 
Back
Top
Log in Register