BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tayar Pesawat Pecah: Landasan KLIA Dibuka Semula, Operasi Penerbangan Kembali Normal

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Tayar Pesawat Pecah: Landasan KLIA Dibuka Semula, Operasi Penerbangan Kembali Normal​

1cbffe9c1fb023b9e66643258992536b6a2d605976c0d

kredit: FB KLIA

Landasan terjejas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibuka semula pada 7.40 malam tadi selepas mendapat kelulusan keselamatan akhir daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

KLIA dalam hantaran Facebook memaklumkan operasi penerbangan di landasan terbabit telah kembali pulih dan kini beroperasi seperti biasa.

Terdahulu, KLIA dalam hantaran menerusi media sosial sama memaklumkan satu daripada tiga landasan di lapangan terbang itu ditutup sementara hari ini susulan insiden tayar pesawat pecah.

Penutupan sementara itu pada awalnya dijadual berlanjutan hingga 9 malam ini seperti yang dinyatakan dalam Notis kepada Juruterbang (NOTAM).

 
Back
Top
Log in Register