kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1) kekal stabil dan terkawal, dengan penumpang meneruskan perjalanan seperti biasa susulan konflik di Timur Tengah.
Tinjauan Bernama di KLIA Terminal 1 setakat 12 tengah hari tadi mendapati majoriti penerbangan adalah ke beberapa destinasi di Asia, antaranya Singapura; Ho Chi Minh City, Da Nang dan Hanoi (Vietnam); Denpasar dan Jakarta (Indonesia); Shenzhen, Chongqing dan Guangzhou (China); serta Nepal.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Memasuki hari ketiga konflik di Timur Tengah yang menyaksikan ribuan penerbangan dibatalkan di seluruh dunia, pengurusan penumpang di Lapangan Terbang Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1) masih kelihatan terkawal dan tenang.
Tinjauan Bernama di KLIA T1 setakat 12 tengah hari tadi mendapati majoriti penerbangan adalah ke negara di Asia seperti Singapura, Ho Chi Minh City, Danang dan Hanoi (Vietnam), Denpasar dan Jakarta (Indonesia), Shenzhen, Chongqing dan Guangzhou (China) serta Nepal.
Papan pemuka ketibaan turut menunjukkan penerbangan masuk, antaranya dari Phuket (Thailand), Lombok, Jakarta dan Surabaya (Indonesia), Manila (Filipina) serta Danang (Vietnam), dan tiada sebarang penerbangan terpilih ke dan dari destinasi Timur Tengah.
Keadaan trafik penumpang juga didapati tidak terlalu sesak berbanding hari kebiasaan yang lazimnya menyaksikan peningkatan ketara menjelang waktu tengah hari.
Tinjauan turut mendapati tiada penumpang terkandas di terminal dengan petugas lapangan terbang meneruskan tugas seperti biasa, sekali gus mencerminkan pengurusan operasi yang efisien dan teratur.
Selain itu, dua pesawat Emirates didapati masih berada di kawasan parkir lapangan terbang tanpa sebarang pergerakan.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) semalam mengesahkan 26 penerbangan telah dibatalkan, masing-masing melibatkan 13 penerbangan berlepas dan 13 ketibaan iaitu perkhidmatan terpilih ke dan dari destinasi Timur Tengah yang terjejas, serta beberapa laluan jarak jauh yang memerlukan pelarasan ruang udara.
MAHB turut memaklumkan bahawa keadaan masih tidak menentu dan tertakluk kepada penilaian keselamatan ruang udara serta syarikat penerbangan, dengan kemungkinan berlaku pelarasan jadual penerbangan.
Penumpang yang transit atau melakukan perjalanan melalui kawasan terjejas dinasihatkan supaya menyemak status penerbangan secara terus dengan syarikat penerbangan sebelum ke lapangan terbang, bagi mendapatkan maklumat terkini.
Operasi KLIA T1 Terkawal, Majoriti Penerbangan Ke Destinasi Asia
KLIA, tinjauan, penumpang, krisis, Iran, Timur Ten