BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sebahagian Kebakaran Belukar Di Tatau Terkawal, Operasi Di Sibu Dipergiat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
74d2e9379d9d1d67c4166338ade58b9f69c6998b269d1

933e7c93a35006d352480f536a2e813769c699975306c

fb Balai Bomba Dan Penyelamat Bintulu

Kebakaran belukar di Kuala Tatau-Serupai di Tatau, yang memasuki hari kelima berjaya dikawal apabila kira-kira 100 hektar kawasan yang terbakar berjaya dipadamkan setakat ini.

Komander Operasi Kanan Pegawai Bomba Kanan Sim Mui Chai berkata operasi hari ini tertumpu kepada pemadaman kebakaran tanah gambut serta kerja ‘mopping’ bagi mengelakkan api merebak.

Beliau berkata operasi bermula 8.50 pagi dan pemantauan udara oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) menganggarkan kebakaran melibatkan kawasan seluas kira-kira 300 hektar.

“Pemadaman dijalankan menggunakan dua pam angkut serta kaedah ‘fire break’. Dua jentera pengorek turut digunakan bagi pembinaan ‘fire break’ sepanjang lima kilometer,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi dialihkan pada 6.18 petang berikutan angin kencang sebelum ditangguhkan pada 7.05 malam, dan disambung semula esok dengan baki kebakaran dianggarkan melibatkan kira-kira 200 hektar.

Sebanyak 11 anggota bomba dari balai Tatau terlibat dalam operasi memadam kebakaran itu, dengan satu jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT), kenderaan Triton dan Land Rover, dibantu Unit Udara Bomba Miri serta agensi berkaitan, manakala tiada mangsa dilaporkan setakat ini.

Dalam kejadian berasingan di Sibu, kebakaran belukar seluas kira-kira 16 hektar berlaku di Jalan Tunku Abdul Rahman pagi tadi.

Pihak bomba menerima panggilan pada 8 pagi dan tiba di lokasi 24 minit kemudian.

Komander operasi Andy Alie berkata pemadaman menggunakan dua pam angkut dengan sumber air  diperoleh dari Sungai Merah.

 
Back
Top
Log in Register