BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penempatan Semula Mesin Pengimbas Di KLIA T1, Tingkat Keselamatan, Lancar Aliran Penumpang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
10f47daabac9e985795ee0be81a120cf6957abd985dcf

Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin

Penempatan semula mesin pengimbas berteknologi tinggi di pintu pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, yang bermula semalam, bukan sahaja membantu melancarkan pergerakan penumpang tetapi juga meningkatkan pengesanan penyeludupan.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata sebelum ini, penumpang perlu melalui dua pos pemeriksaan (check point) iaitu di jambatan penghubung (link bridge) dan saringan keselamatan (gate screening security) yang dioperasikan oleh Bahagian Keselamatan Penerbangan (AVSEC) Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd.

"Jadi, bermula semalam (1 Jan) penumpang tidak perlu melalui pemeriksan di link bridge, sebaliknya mereka terus ke gate screening security yang kini diselia oleh AVSEC untuk pemeriksaan keselamatan sebelum dibenarkan berlepas dan secara tidak langsung dapat menjimatkan masa penumpang.

"Sekiranya hasil pengimbasan atau pemeriksaan keselamatan mengesan sebarang unsur mencurigakan termasuk melibatkan dadah, mata wang tunai, hidupan liar, instrumen boleh niaga atau barangan larangan lain, penumpang serta barangan berkenaan akan diserahkan kepada JKDM dan agensi berkaitan untuk tindakan lanjut...serta melancarkan aliran pergerakan penumpang ketika waktu puncak," katanya selepas melakukan tinjauan operasi bersama media di sini hari ini.

Anis Rizana berkata inisitiaf itu merupakan hasil kerjasama erat antara JKDM dan AVSEC, yang menyaksikan pendekatan pengimbasan dan pemantauan berasaskan penilaian risiko, risikan serta analisis trend diperkasakan.

Beliau berkata usaha itu membuahkan hasil positif iaitu kes penyeludupan keluar dadah menunjukkan penurunan ketara dari Disember 2023 hingga Disember 2025.

Pihak JKDM turut diberikan surat penghargaan daripada Kastam Korea Selatan atas keberkesanan langkah-langkah yang diambil dalam usaha mengekang penyeludupan bahan terlarang.

"Secara keseluruhannya, penambahbaikan ini bukan sahaja menyumbang kepada keselamatan dan pematuhan undang-undang, malah turut memastikan aliran pergerakan penumpang yang lebih lancar dan teratur, selaras usaha kerajaan menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dan memberikan pengalaman perjalanan yang lebih selesa kepada pelancong antarabangsa," katanya.

Susulan itu, Anis Rizana berkata pegawai kastam yang sebelum ini bertugas di bahagian pemeriksaan di jambatan penghubung telah ditempatkan di Balai Ketibaan.

 
Back
Top
Log in Register