untung la bro siap dapat hadiah lagi... Yang aku ni dapat Hadiah CTOS plak...(
Update terbaru. Tadi saya dah ke balai polis untuk buat report. Kemudian saya diminta dan disoal siat oleh inspektor di sana. Mereka menyarankan saya untuk pergi biro guaman kerajaan untuk mendapatkan bantuan guaman. Pada mula saya ingat nak fight kes ni sendiri di mahkamah sivil. tapi inspektor tersebut yang menyarankan saya agar siasatan lanjut boleh dibuat. Esok saye akan ke biro dan ape pendapat peguam pula.
Saya juga telah menghubungi pihak akhbar Metro. Mereka berminat cuma perlu kumpulkan beberapa orang mangsa untuk di temubual sekaligus. Kalau anda atau sesiapa yg awak kenal mangsa kepada syarikat ini harap kita dapat bekerjasama. Saya cuba menghubungi beberapa org mangsa lain di forum tapi masih belum ada jawapan. Saya akan cuba lagi.
Harap tolong war2 kan. Saya serius ingin membawa kes ni ke tengah. Lebih baik sekiranya dapat kerjasama dari mangsa yg pernah terlibat.
