Hi saya juga seorang mangsa kepada syarikat Takashimaya/Azio dan saya akan memfailkan tuntutan saya Ke mahkamah sivil dalam minggu ni. Nama saya telah di blacklist sbg guarantor wlpn asalnya nama saya hanyalah sebagai rujukan shj. Alat yg dijual juga bermasalah dalam dua tiga hari sahaja selepas pemasangan oleh salesman mereka yang membuat jualan rumah ke rumah (kereta terhenti sebanyak 2 kali sewaktu pemanduan di jalan raya!) Kami ingin membatalkan perjanjian dan memulang barangan tetapi tidak dibenarkan dan dipaksa membayar walaupun alatan itu telah dibuka oleh jurujual mereka. Dan tanpa menghubungi atau menghantar surat guaman tiba2 saya dpt tahu nama saya telah di blacklist. Saya memohon sesiapa yang menghadapi masalah spt saya tampil kehadapan. Boleh pm saya atau email ke
[email protected]. Untuk pengetahuan harga asal ialah rm1600 tetapi kini telah meningkat kepada RM4111 dan ia akan terus meningkat jika tidak diselesaikan dengan segera. Esok saya akan membuat laporan polis dan kemudian memfailkan tuntutan saya ke mahkamah sivil. Saya bercadang untuk mendedahkan penipuan syarikat ini kepada akhbar dan membuat facebook page untuk mengwar2kan penipuan dan penganiayaan syarikat. Sila berhubung dengan saya jika anda juga mangsa.