cek mek molek
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 143,166
Paid Membership
- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 143,166
- Reaction score
- 25,934
- Points
- 2,866
Pencalonan Nik Omar Nik Aziz dan Husam Musa itu telah dimaklumkan dalam Pakatan Harapan (PH).
October 29, 2022 1:58 PM
Nik Omar Nik Aziz dan Husam Musa masing-masing bertanding atas tiket PKR di Parlimen Pasir Salak dan Pasir Mas.
BANGI: Tindakan memilih pemimpin Amanah bertanding atas kuota PKR pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak menimbulkan konflik dalam Pakatan Harapan (PH), kata Pengerusi PH, Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, pencalonan Nik Omar Nik Aziz dan Husam Musa itu telah dimaklumkan dalam gabungan itu.
“Tak ada masalah. Dia (Nik Omar, Husam) bertanding atas simbol PH.
“Kawasan itu diperuntukkan kepada PKR,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Muktamar Nasional kali ke-16, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah).
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pencalonan pemimpin Amanah atas tiket PKR akan menimbulkan konflik dalam PH.
Sebelum ini dan semalam, PKR mengumumkan Nik Omar dan Husam akan bertanding atas tiket kerusi PKR.
Nik Omar akan menjadi calon PKR di Pasir Salak dan Husam di Pasir Mas.
Dalam pada itu, Anwar berkata, terdapat pertimbangan dilakukan PKR terhadap kawasan yang diperuntukkan kepada Nik Omar dan Husam.
“Jadi pertimbangan kita mengenai Nik Omar dia rasa di Kelantan tidak sesuai. Jadi beri laluan di Pasir Salak. Kerana rasa ketokohan dia boleh memenangkan beliau.
“Husam seorang teman akrab kepada Nik Omar dan anak murid kepada Tok Guru Nik Aziz. Jadi (letak) di Pasir Mas,” katanya.
Anwar juga berkata, hubungan di antara pemimpin PH sangat baik masa ini dan sukar untuk diretakkan.
“Jika lihat keadaan sekarang hubungan sangat baik. Saya dan Mohamad Sabu, Loke Siew Fook dan pimpinan lain sangat mantap, kukuh dan sukar diretakkan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Anwar menerima penjelasan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berhubung tuduhannya bahawa beliau sebagai ahli Freemason sedunia.
Beliau berkata, sebelum ini hanya mahu mendapatkan penjelasan daripada Hadi berhubung perkara tersebut.
“Saya dah kata saya minta hanya penjelasan, beliau menafikan tuduhan itu. Bagi saya cukup baik,” katanya.
Dalam kenyataannya di laman Facebook, Hadi berkata, pihaknya tampil membuat penafian itu berikutan tular video ucapan Anwar yang mendakwa beliau menuduhnya sedemikian
Tak timbul konflik pemimpin Amanah jadi calon PKR, kata Anwar