BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKR perlu pemimpin mampu berdepan lawan bersama Anwar, kata penganalisis

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

PKR perlu pemimpin mampu berdepan lawan bersama Anwar, kata penganalisis​

9d37c493-kongres-pkr-fmt-270525.jpg

Penganalisis berkata pengundi perlu melihat PKR mempunyai sebuah pasukan mampu mentadbir bukan hanya memiliki seorang perdana menteri yang kuat.

Tawfik Yaakub berkata, Anwar dengan reputasi selaku perdana menteri kekal aset politik terbesar parti itu namun kebergantungan terlalu besar terhadapnya menyebabkan pemimpin lain, calon tempatan dan generasi kedua kurang menonjol

Sehubungan itu, beliau berkata Kongres PKR 2026 di Melaka, minggu ini perlu menjadi platform untuk perwakilan menyuarakan keperluan beralih daripada kempen terlalu berpusatkan Anwar kepada pendekatan berpasukan.

Menurut penganalisis dari Universiti Malaya itu, Anwar boleh terus menjadi tonggak tetapi bukannya keseluruhan wajah parti.

“Apabila hampir keseluruhan naratif pilihan raya dibina di sekeliling seorang pemimpin, setiap pilihan raya negeri akhirnya mudah berubah menjadi referendum terhadap perdana menteri dan kerajaan persekutuan.

“Ini menyebabkan kekuatan calon tempatan, isu negeri serta kepimpinan generasi kedua PKR tenggelam (pada pilihan raya),” katanya kepada FMT.

Beliau menekankan, PKR perlu menonjolkan wajah mempunyai kredibiliti dalam ekonomi, isu Melayu-Islam, reformasi institusi, belia, wanita dan pentadbiran.

“Pengundi perlu melihat PKR mempunyai sebuah pasukan yang mampu mentadbir Malaysia bukan sekadar hanya memiliki seorang perdana menteri yang kuat.”

Kongres PKR berlangsung ketika parti itu dan Pakatan Harapan (PH) mencatat prestasi merosot pada PRN Sabah, Johor dan terbaru Negeri Sembilan yang menyaksikan Naib Presiden Aminuddin Harun gagal mempertahankan pentadbiran negeri itu.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, juga akan bercuti daripada jawatan timbalan presiden selepas kongres itu bagi menumpukan urusan peribadi serta melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD).

Menurut Tawfik, perkembangan membabitkan Nurul Izzah juga memerlukan PKR mempunyai kepimpinan kolektif dengan naib presiden, setiausaha agung, pengerusi negeri dan pemimpin sayap diberikan peranan politik jelas mengikut kekuatan masing-masing.

“Ada yang bertanggungjawab mengukuhkan kerusi Melayu, menjaga pengundi bandar dan belia, mengurus strategi pilihan raya serta menjadi jurucakap dasar,” katanya.

Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, pula berpandangan belum kelihatan tokoh lain yang mempunyai kekuatan politik untuk berdiri sebaris dengan Anwar.

“Keadaan itu menimbulkan persoalan mengenai kemampuannya meyakinkan semula pengundi ketika parti berdepan tekanan daripada lawan politik serta masalah dalamannya sendiri,” katanya.

Azmi turut menjangkakan, kongres itu juga memfokuskan kepada PRN Melaka terutama membabitkan kerjasama bakal dijalinkan oleh PH.

“Adakah mereka akan pergi solo seperti di Johor dan Negeri Sembilan atau berbincang dengan parti lain.

“Itu perlu dibincang dan diputuskan pada kongres untuk dibawa ke atas,” katanya.
 
Sekali imbas baca tajuk tanpa teliti akan jadi…
PKR perlu pemimpin mampu berdepan lawan Anwar, kata penganalisis

Penganalisis = penjilat
 
Back
Top
Log in Register