BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PH tak pertikai kuasa Agong, Umno sengaja alih isu, kata pemimpin PKR

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

PH tak pertikai kuasa Agong, Umno sengaja alih isu, kata pemimpin PKR​

3d723d15-saifuddin-shafi-muhammad-fbpic-130525.jpg

Timbalan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Shafi Muhammad berkata, kenyataan PH langsung tidak sentuh mana-mana parti politik atau kes yang berkaitan dengannya. (Gambar Facebook)

Timbalan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Shafi Muhammad berkata, pendirian PH berhubung rasuah, salah guna kuasa dan hukuman yang diputuskan mahkamah tidak bermakna gabungan itu mempersoalkan kuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“PH tidak pernah menafikan kuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan,” katanya dalam kenyataan.

“Menghormati kuasa perlembagaan Agong tidak bermaksud mana-mana parti politik akan kehilangan hak untuk menyatakan pendirian tegas terhadap rasuah, salah guna kuasa, integriti dan hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah,” katanya dalam kenyataan.

Saifuddin berkata demikian mengulas kenyataan Asyraf Wajdi yang mendakwa kenyataan Majlis Setiausaha PH, yang menegaskan mereka yang disabitkan atas kesalahan rasuah atau salah guna kuasa, khususnya dalam kes berprofil tinggi, perlu menjalani tempoh hukuman sepenuhnya, seolah-olah mempertikaikan kuasa perlembagaan Agong untuk memberikan pengampunan.

Mengulas lanjut Saifuddin berkata, kenyataan PH itu langsung tidak menyentuh mana-mana parti politik atau kes yang berkaitan dengannya.

“Jangan ubah persoalan tentang rasuah menjadi drama kononnya derhaka kepada Raja. Itu dua perkara yang berbeza.

“Institusi Raja mesti terus dihormati, manakala rasuah tetap wajib ditentang. Tidak ada kompromi di antara kedua-duanya,” katanya.

Beliau turut meminta Umno supaya berhenti menuduh PH meremehkan institusi diraja, sebaliknya parti itu perlu menjawab isu di Negeri Sembilan.

“Jangan hanya lantang bercakap soal Raja apabila ia menguntungkan naratif politik sendiri, tetapi membisu apabila timbul persoalan yang jauh lebih serius di depan mata.

“Hormati Raja dengan mempertahankan Perlembagaan secara konsisten, bukannya menggunakan sentimen terhadap institusi diraja untuk menutup perbahasan tentang rasuah dan integriti,” katanya.

Terdahulu media melaporkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dijangka bersidang pada Jumaat untuk mempertimbangkan, antara lainnya, permohonan bekas perdana Menteri Najib Razak untuk mendapatkan pengampunan terhadap sabitan berkaitan skandal 1MDB.
 
Back
Top
Log in Register