afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Umno dakwa PH pertikai kuasa pengampunan Agong
Asyraf Wajdi Dusuki berkata Umno tidak mahu mendahului pertimbangan Lembaga Pengampunan atau mendesak supaya keputusan tertentu dibuat.
Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki berkata kuasa pengampunan adalah hak prerogatif Agong yang termaktub di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan dan tidak sewajarnya dipertikaikan mana-mana pihak.
“Umno kesal dengan kenyataan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan yang seolah-olah mempertikaikan kuasa pengampunan KDYMM Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan.
Dalam kenyataan dikeluarkan selepas tengah malam tadi, Majlis Setiausaha PH menegaskan mereka yang disabitkan atas kesalahan rasuah atau salah guna kuasa, khususnya dalam kes berprofil tinggi, perlu menjalani tempoh hukuman mereka sepenuhnya.
Kenyataan PH itu tidak menamakan mana-mana kes atau individu, tetapi dikeluarkan susulan laporan bahawa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dijangka bersidang pada Jumaat untuk mempertimbangkan, antara perkara lain, permohonan bekas perdana menteri, Najib Razak, untuk mendapatkan pengampunan terhadap sabitan berkaitan skandal 1MDB.
Sin Chew Daily melaporkan bahawa Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh, yang menganggotai Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, telah memberi taklimat kepada majlis presiden PH pada malam Selasa.
Najib, 72, disabitkan enam tahun lalu atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International. Beliau didenda RM210 juta dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, yang telah dijalaninya di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022.
Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kemudiannya mengurangkan separuh tempoh penjaranya kepada enam tahun dan mengurangkan denda kepada RM50 juta.
Bagaimanapun, Asyraf menegaskan Umno tidak mahu mendahului pertimbangan Lembaga Pengampunan atau mendesak supaya keputusan tertentu dibuat.
“Berbeza dengan PH, Umno tidak berhasrat mendahului pertimbangan Lembaga Pengampunan atau menuntut apa-apa keputusan tertentu.
“Apa jua keputusan yang dibuat melalui proses yang sah hendaklah dihormati oleh semua pihak,” katanya.