BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tangguh permohonan pengampunan Najib budi bicara Agong, kata PM

afwan83

Active+ Member
Messages
3,223
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,223
Reaction score
12
Points
25

Tangguh permohonan pengampunan Najib budi bicara Agong, kata PM​

f530b817-najib-razak-1mdb-kl-high-court-5.jpg

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM memaklumkan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan permohonan pengampunan Najib Razak ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan datang.

KOZHIKODE (Kerala): Keputusan menangguhkan permohonan pengampunan Najib Razak ke mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) akan datang adalah di bawah budi bicara Yang di-Pertuan Agong, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata peranannya adalah memberi pandangan berdasarkan undang-undang dan nasihat peguam negara, manakala Agong mempunyai budi bicara untuk mempertimbangkan semua faktor dalam mesyuarat lembaga itu.

“Namun, kita juga tahu perkara ini tertakluk kepada budi bicara dan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.

“Sudah tentu Agong perlu mengambil kira semua faktor berkaitan. Kita masih mempunyai banyak kes rasuah yang sedang ditangani dan prosesnya berjalan agak pantas.

“Agong sendiri menegaskan kita perlu lebih tegas dalam perkara melibatkan Tabung Haji dan Felda,” katanya pada sidang media bersama media Malaysia selepas menamatkan lawatan kerja ke India hari ini.

Anwar diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang menggesa kerajaan menjelaskan penangguhan rayuan pengampunan bekas perdana menteri itu.

Takiyuddin mendakwa penangguhan berkenaan tidak mungkin berlaku melainkan ada anggota lembaga yang memintanya atau membantah permohonan berkenaan.

Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri pada Jumaat lalu memaklumkan Agong memperkenankan permohonan Najib ditangguhkan ke mesyuarat LPWP akan datang.

Lembaga yang dipengerusikan Agong itu sebelum ini dijangka mempertimbangkan permohonan pengampunan kedua Najib.

Anwar berkata PAS sepatutnya memahami peraturan berkaitan Lembaga Pengampunan sebelum membuat dakwaan sedemikian.

Beliau berkata perkara itu juga tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai isu peribadi melibatkan Najib kerana terdapat kes rasuah lain yang masih dalam proses pendakwaan.

Anwar turut mengakui wujud pertimbangan politik berkaitan kes Najib, termasuk pendirian tegas beberapa pemimpin Umno, namun menegaskan pendiriannya tetap berpandukan kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan.

Beliau turut menyifatkan kritikan PAS sebagai tidak konsisten kerana parti itu sebelum ini mengambil pendirian lebih keras terhadap Najib.

Najib, 73, disabitkan kesalahan enam tahun lalu kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.

LPWP kemudian mengurangkan hukumannya kepada penjara enam tahun dan denda RM50 juta. Beliau menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak Ogos 2022.

Pada Disember 2025, Najib disabitkan kesalahan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM2 bilion berkaitan 1MDB.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion, namun sedang merayu sabitan itu.
 
Back
Top
Log in Register