BTC USD 81,835.7 Gold USD 4,017.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syiah di dalam PAS !!!

BAHAGIAN 3

(Baca dgn dialek kelantan) Sighi Oghea PAH (PAS) WAJIK Dengaa : Dato' Harun Taib Membongkar Hakikat Syiah (3)



YANG PASTI.. YANG BAIK TU DARI ALLAH TAALA.. DAN YANG BURUK TU DARI DIRI SAYA YANG DAIF INI...

MOHON AMPUN DAN MAAF!
 
Soalan : Sebentar tadi Tok Guru ada menyentuh mengenai perbezaan pendekatan antara ahl sunnah dan shiah. Pada hemat Tok Guru, bolehkah suatu hari nanti semua aliran ummat Islam kembali bersatu seumpama ketika zaman Rasulullah SAW?

Mik Aziz : Cerita pendekatan antara ahl sunnah dan shiah ini telahpun diusahakan oleh Imam Muhammad Abduh pada awal kurun yang lalu. Dan ada majalah yang tertentu seperti majalah at-Taqrib. Dan mengikut sumber yang saya percayai, sewaktu zaman Khomeini, telah banyak perkara-perkara yang menjadi perbalahan telah diketepikannya. Misalnya, sebelum Khomeini muncul, orang Iran yang pergi ke Makkah mereka tidak bersembahyang dibelakang Imam orang sunni, tetapi bila mari datang Khomeini, dia minta orang shiah sembahyang di belakang Imam Masjidil Haram. Ini satu pendekatan yang penting. Begitu juga masalah sujud sembahyang. Zaman dulu, orang shiah sembahyang atas sekeping tanah yang katanya di ambil dari Karbala, Iraq. Tetapi sekarang, ini ia semakin kurang dan semakin kurang. Ini perubahan yang tetap berlaku. Jadi, Insha'Allah, suatu masa nanti akan berlaku perdekatan bersama. Lebih lagi Amerika kini menjadi musuh bersama, maka mulailah kini wujud kerjasama seperti hubungan di antara Iran dan Arab Saudi yang suatu ketika dahulu begitu sekali genting. Kita berdoa kepada Allah SWT, mohon segala kumpulan Islam bersatu kerana kita berdepan dengan musuh bersama iaitu zionis, Israel dan Amerika.


Soalan : Sebentar tadi juga Tok Guru ada bercakap mengenai Ruhollah Khomeini. Jadi, kalau tidak keberatan, bolehkah Tok Guru berkongsi sedikit pandangan peribadi Tok Guru terhadap keperibadian, kepimpinan dan perjuangan beliau?

Nik Aziz : Saya kenal Khomeini hanya melalui pembacaan. Tetapi yang saya tertarik dengan beliau ialah meskipun dalam keadaan beliau berjubah, berserban dan berjanggut, beliau masih dapat masuk ke dalam medan politik dengan meninggalkan begitu banyak sekali kesannya; sampai ke peringkat bila dia balik dari buangan - ranap kerajaan yang dibentuk sebelum itu. Ranap semuanya itu kerana pengaruh yang ada padanya. Inilah yang saya tertarik dengan Khomeini. Lagi satu, bila beliau menang dan membentuk kerajaan, beliau tidak masuk campur pun dalam kuasa eksekutif, tetapi tugas itu beliau serahkan kepada budak-budak beliau. Inilah satu sejarah yang akan dikenang.

source:
http://www.kelatedaily.net/ver2/modules.php?name=News&file=article&sid=105

takder salah pon apa nik aziz cakap... betul la.. dia cuma kagum je dengan Khomeini.. dari ko kagum dengan bush, baik la si syiah ni.. selalu org duk kagum2 david blaine la, fasha sandha la, mawi la, ko tanak salahkan ke?

aku rasa, gambo2 demonstrasi ko tunjuk adalah gambo bantahan ke atas US nak serang iran!!! dan disalah ertikan oleh org2 cam ko ni... banyak2 la bertaubat...
 

sebelum mengundur diri.. sama-sama kita hayati ceramah oleh Ustaz Dato' Haron - Ketua Dewan Ulama PAS


kempunan jawapan la aku... kesian pak lah disamakan ngan ayah pin... tak der penyokong orang melayu ke kat sini nak marah nasiayam nie... is ish,,, ader tapi mungkin betul kater tun.. melayu mudah lupa... pak lah lak.. melayu mudah lena... peace..
 
Orang bukan Islam minum arak tak berdosa,Sapa suruh Pemimpin kor yang beragama Islam tu utk luluskan lesen Arak? Kalau dia haramkan Arak,takkan Arak ada atas meja tu? Cam ne pulakkkkk tuuuuuuuuuu???

Nak ke aku tunjuk tangan pemimpim kor sign surat lulus lesen Arak????
 
org yg buke thread ni menyesatkan...dajjal laknatulllah...
 
teringat aku lagu M. Nasir

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

banyak pegangan agama dalam dunia ni dan yang masuk syurga hanyalah satu pegangan saja.. so kalau mana-mana puak syiah yang sesat tu elok kita dakwah dan didik dia supaya kembali ke jalan yang benar.. bukannya memboikot dan menghina dia.. bukannya menuduh yang PAS itu syiah! tuduhan ko ni terlalu keras wahai encik nasikayampedas2005.. jangan plak nanti kau yang terpesong akidah sudah la..
 
aku bukan apa.. aku cuma tak puas hati kalo cakap PAS ITU SYIAH.. pas sama dengan syiah... tapi kalo dia cakap dalam pas budaya syiah makin menular dan ada pengikut pas syiah, aku setuju...
 
aku bukan apa.. aku cuma tak puas hati kalo cakap PAS ITU SYIAH.. pas sama dengan syiah... tapi kalo dia cakap dalam pas budaya syiah makin menular dan ada pengikut pas syiah, aku setuju...

tu berat.. samakan Pak Lah ngan ayah pin lagi berat..... kesian orang umno.. tapi depa kat sini senyap... aku sorang tak larat ler...
 
Agenda untuk memecah belahkan kita orang islam.....? bahaya agenda nie... ade baiknya tuan admin close kn thread nie...
makan lama makin menjadi2...
 
Back
Top
Log in Register