BTC USD 82,320.3 Gold USD 4,175.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syiah di dalam PAS !!!

Ni lah perangai syiah yg walaun dok sanjung tu..redha je walaupun lobai kena sodok🤣
 
Ni geng2 belah shah..bila dorang jerit kutuk khomeini..terus kena jet perut haha
 
Geng yahudi rupa nya

E8-C254-E5-E633-468-B-ADC5-0-E32-A7-E84-F11.jpg


Pandai depa taqiyyah naaa
Ramai walaun xtau sejarah syiah iran..meh nak bg background sket..

Ayatollah Khomeini tu adalah ejen Barat(baca zionist) selama 25 tahun sebelum Illuminati meletakkannya berkuasa pada 1979.

Dia tergolong dalam Ikhwanul Muslimin. "Revolusi Iran" adalah serupa dengan revolusi "Arab Spring" di Tunisia, Libya, Mesir dan kini Syria.

Iran dikendalikan oleh Illuminati dan digunakan sebagai alasan untuk berperang.

Dalam buku berjudul from hostage to khomeini..
"[From Hostage to Khomeini, "Pakatan antara Freemason, pemilik tanah lama dan paderi yang melancarkan operasi menentang Shah pada tahun 1963. Pemimpinnya ialah Khomeini, tetapi hanya sebagai simbol....The Voice of Iran melaporkan bahawa "Sejak zaman pelajarnya, Khomeini menerima bayaran bulanan daripada ejen British dan sentiasa berhubung dengan tuannya ms.88]"

Satu2nya cara mereka boleh menjual kerajaan fasis global kepada rakyat dunia adalah dengan mencipta ritual perang dunia ketiga. Rejim Syiah & Zionis mempunyai musuh bersama: Islam.
 
Teori hadi awang


Banyak info yg xtepat..dorang bukan biarkan iran..tapi inilah dipanggil tektik deception..musuh kita(baca: umat Islam) bersama adalah syiah iran dan sekutu zionisnya..dulu masa pemerintahan obama(amerika) siap bagi berbilion dana kpd iran utk fund proxy group terrorist dia regime irgc sperti hezbollah(lebanon, syria), houthis(yaman) & quds force..benda ni dah lama bukan baru..sejak 1970 lagi US fund terrorist Iran..us-iran ni strong allies sejak akhir WW2 lagi dan sehingga kini. Cuma sejak revolusi iran 1979 depa main "shadow" bilamana berlaku pertukaran aset cia dan mi6 iaitu shah(pro-amerika) di gantikan dan dimasukkan(install) ayatollah("so called" anti amerika). Ini permainan diversion. Regime iran yg genocide rakyat palestin melalui allies mereka us dan bibi.

Semua ni balik kpd shadow government yg kita xnampak disebalik tirai iaitu yahudi zionist globalist Rothschild dan Rockerfeller untuk mengelirukan musuh(baca: kita)..sbb mereka bijak suap kiri kanan atas bwh( play both sides of the coin) melaga2kan demi kelangsungan nwo

And sekarang tengok siapa yg nak diangkat jadi hero slps berlaku serangan israel-iran baru2 ni? Kalau kata mereka biarkan iran kenapa tetiba ramai iranian duk berkempen utk shah..and ayatollah bukan persian..so siapa dia sebenarnya nak tanya walaun yg bijak pandai? Hehehe

20240419_095941.jpg

20240417_234903.jpg
 
Jangan kelahi masalah khilafiah – TG Abdul Hadi

Izwan Abdul HalimMay 26, 2024

KUALA LUMPUR: Umat Islam diingatkan agar tidak berkelahi dalam masalah khilaf, sebaliknya perbezaan mazhab dan firqah perlu difahami, demikian seru Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Nasihat itu diungkapkan beliau pada Syarahan Perdana ‘Masa Depan Dunia Islam: Perbezaan Mazhab, Geopolitik Antarabangsa dan Penyatuan Ummah’ sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu dalam penjelasan beliau dalam syarahan tersebut telah menerangkan bahawa mazhab ialah ‘pertelingkahan’ dalam perkara cabang atau furuk, tetapi bersatu dalam perkara rukun dan dasar-dasar agama.

Adapun firqah pula jelas Tuan Guru, adalah kumpulan yang telah menyeleweng daripada rukun dan dasar-dasar Islam, malah ada terkeluar daripada agama kerana kejahilan di mana perlu diselamatkan dan bukan disingkirkan.

Beliau memetik kata-kata Imam Malik untuk hakim atau mahkamah mengendalikan isu murtad, sekiranya ada seratus hujah yang menganggap, tetapi satu sahaja meragukan, maka tidak boleh dijatuh hukum orang itu murtad.

“Selamatkan dia. Kerana konsep kita menyelamatkan manusia berapa banyak yang boleh,” terang beliau yang telah menghasilkan lebih 100 buku diterbitkan pelbagai pihak pada syarahan di pentas utama Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu.

Kupasnya, walaupun perbezaan timbul dalam kalangan ahli-ahli kiblat hingga menjadi lapan mazhab yang besar, namun mereka tetap masih berpegang kepada Rukun Islam dan Rukun Iman serta cabang agama iaitu akidah, syariat dan akhlak.


Malah jelas beliau, lapan mazhab itu juga walaupun mempunyai kitab-kitab berbeza, tetapi para ulama semua mazhab ini bukan sahaja saling bekerjasama antara satu sama lain, bahkan juga berguru antara ulama sesama mereka ini.

Katanya, mereka tidak berkelahi sepertimana terjadi kini disebabkan perbezaan mazhab itu, bahkan mereka mengarang kitab, malah antara kitab itu pula menjadi syarah kepada kitab lain yang dihasilkan.

Juga dalam kalangan ulama tabiin terang beliau, berpegang hal akidah dan fikah dari mazhab berbeza yang di mana setiap perkara atau masalah ditangani dengan baik tanpa menjadi perpecahan dalam kalangan umat Islam.

“Timbulnya salaf dan khalaf, termasuk mazhab Wahabi yang ada pada hari ini. Timbulnya ialah kerana di abad yang keempat, yang ketiga, zaman Abasiyah berlaku penterjemahan buku-buku asing ke dalam bahasa Arab.

“Pada awalnya mereka menterjemahkan buku-buku sains, teknologi, buku perubatan, buku pertanian, buku falak, astronomi, macam-macam. Kemudian terjemah buku-buku falsafah. Menyebabkan unsur falsafah masuk dalam ilmu kajian akidah.

“Melahirkan penggunaan akal dalam memahami akidah Islam. Qada dan qadar dan sifat-sifat Tuhan menyebabkan adanya mazhab Muktazilah, Jabariah, Qadariah dan sebagainya,” ujarnya.

Perinci Tuan Guru, keadaan sedemikian hingga wujud penafsiran berbeza misalnya ke atas ayat al-Quran seperti ‘tuhan bersemayam di Arasy’, ‘tangan Allah’, ‘mata Allah’ dan lain-lain yang berlaku kerana kekhilafan bahasa.

Tegas beliau, penafsiran berkenaan tentulah tidak boleh disamakan tuhan dengan makhluk, bahkan masalah khilaf yang berlaku juga tidak boleh ditakwil semudah-mudahnya hingga berlaku penyelewengan.

Menyentuh masalah fanatik mazhab pula ujarnya, ia menyebabkan pengikut-pengikut terlanjur menyesatkan mazhab lain hingga berlaku perkelahian dan saling mengecam pegangan oleh orang lain.

Sementara perbezaan mazhab dalam masalah fiqah jelas Tuan Guru, terjadi kerana para Sahabat RA yang ditugaskan di wilayah-wilayah berbeza, tidak berada di Madinah semasa ayat atau nas mengenai hukum berkenaan diwahyukan.

“Menyebabkan mereka pakai hukum yang belum dinasakhkan. Ini berlaku, ini sebab khilaf. Mazhab-mazhab kalangan Sahabat. Ada mazhab Aisyah, mazhab sebagainya. Zaman dulu tak ada telefon. Tak ada internet, tak ada apa.

“Timbul khilaf dalam masalah cabang. Sembahyang lima waktu. Semua mengakui ini Rukun Islam. Tapi Fatihah ada bismillah, ini khilaf. Kerana bila Nabi sembahyang, kadang-kadang Nabi baca bismillah, baca kuat. Kadang-kadang baca perlahan.

“Mereka yang dengar baca perlahan ini, menganggap bismillah bukan daripada Fatihah. Dengan sebab itu adanya mazhab mengatakan bismillah bukan Fatihah,” ujarnya turut memberi contoh lain.

Antara dikupas dan diberi perincian contoh oleh beliau adalah pada masalah berkaitan wuduk, doa qunut, solat jamak dan qasar, tarawih, azan Jumaat, gaji dan pencen, cukai, kerakyatan serta jawatan kepimpinan.

Khilaf juga terang Tuan Guru, berlaku dalam dalam usul fiqh kerana perbezaan rujukan yang disepakati, namun perdebatan atau perbincangan tetap menjurus kepada maqasid syariah dan hikmah-hikmah.

Menyentuh masalah firqah, Tuan Guru Abdul Hadi mengingatkan betapa tindakan melanggar hukum dan kewajipan Islam yang berlaku turut berkaitan kerana mengalami gerakan-gerakan musuh Islam.

Terang beliau, perkara itu dilakukan apabila setelah musuh berjaya menyekat kemaraan Islam, mereka menukar strategi melawan Islam dari dalam dengan menimbulkan fahaman-fahaman yang salah dalam masyarakat Islam.

Sehubungan itu beliau mengingatkan betapa tanggungjawab sesama umat Islam adalah saling menyelamatkan dengan hujah ilmu termasuk melalui penulisan buku untuk dijadikan bacaan dan rujukan.

Di zaman mutakhir ini katanya, kefahaman seumpama juga perlu diberi berkenaan politik dan ekonomi serta lain-lain kerana wujud pelbagai ideologi yang bercanggah syariat Islam dan disebabkan oleh kejahilan.

Sempena syarahan itu juga telah dilancarkan tiga buku terbaharu tulisan beliau iaitu ‘Sejarah Mazhab Aqidah & Firqah Umat Islam’ dan ‘Hidup Selepas Mati’ serta ‘Muqaddimah Aqidah Muslimin’.

Majlis syarahan dan pelancaran anjurkan Yayasan Permata Ummah (YPU) dengan kerjasama Institut Strategik dan Integriti Terengganu (TSIS) ini turut menjual buku-buku syarikat tersebut di pesta buku itu. – HARAKAHDAILY 26/5/2024
 
Ke arah penyatuan umat Islam sedunia

shaheedul.attamimSeptember 23, 2024

ALHAMDULILLAH, selesai Muktamar Tahunan PAS tempoh hari, saya berangkat ke Iran bagi menghadiri Muktamar Penyatuan Islam Sedunia Kali Ke-38 anjuran Majma’ Taqrib Mazahib yang berlangsung pada 19 – 21 September di Tehran.

Majlis perasmian Muktamar telah disempurnakan oleh Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian yang menekankan perlunya umat Islam menghayati perjuangan Rasullullah yang membawa mesej perpaduan dan keamanan, khususnya dalam suasana umat Islam yang sangat mencabar hari ini.

Saya dan beberapa tetamu diberikan kesempatan untuk menyampaikan ucaptama dalam persidangan yang bertemakan ‘Kerjasama Islam Ke Arah Mencapai Nilai Kebersamaan Bagi Mempertahankan Al-Aqsa’, dan memberikan pandangan terhadap ketegasan dunia Islam dalam mempertahankan Palestin melangkaui perbezaan mazhab dan asabiyah perkauman, seterusnya menggembeling kerjasama dalam kalangan ulama’ untuk membangkitkan kesedaran umat Islam.

Seterusnya saya dijemput menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi Majma’ Taqrib Mazahib di bawah kepimpinan Syeikh Dr. Abdul Hamid al-Shahriari, serta diberikan penghormatan menghadiri majlis bersama Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Imam Khamenei.

Dalam kesempatan sama, saya turut bertemu rakan-rakan pemimpin gerakan Islam dan ulama’ yang mewakili kelompok Sunni dan Syiah dari Palestin, Iran, Arab Saudi, Turkiye, Rusia, Lubnan, Pakistan, India dan Afghanistan, di samping memenuhi undangan temu ramah dengan beberapa agensi berita antarabangsa.

Semoga usaha penyatuan ini akan menatijahkan kejayaan yang lebih besar kepada dunia Islam dan perjuangan Palestin, berpaksikan kepada tonggak keadilan, keamanan dan perpaduan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W sebagai jalan penyelesaian.

Insya-Allah destinasi seterusnya, Istanbul. Semoga Allah mengurniakan kesihatan untuk saya menjalankan misi ummah ini.

Abdul Hadi Awang, Tehran.
 
Back
Top
Log in Register