afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Umno Selangor dalam keadaan sedia teroka kerjasama dengan PAS
Kerjasama dengan PAS Selangor bukan sesuatu yang asing untuk diteroka, kata Ketua Pemuda Umno Selangor, Imran Tamrin.
Malah Ketua Pemuda Umno Selangor, Imran Tamrin, berkata kehadiran Pemuda Umno Selangor ke muktamar Pemuda PAS baru-baru ini menunjukkan tahap hubungan mereka pada ketika ini.
“Ini menunjukkan kita berada dalam keadaan bersedia untuk menerokai ruang kerjasama yang mungkin wujud pada masa akan datang,” katanya kepada FMT.
“Jadi, daripada segi kerjasama, ia bukan sesuatu yang mustahil ataupun sesuatu yang asing untuk kita terokai.”
Imran mengulas kenyataan Presiden PAS Hadi Awang pada Jumaat, yang mahu partinya mengukuhkan kerjasama dengan Umno bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
Di samping menawan negeri, Hadi mahu kerjasama itu menghasilkan majoriti yang kukuh serta tidak mudah digulingkan.
Gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional di Negeri Sembilan menyaksikan pentadbiran Pakatan Harapan sejak 2018 tumbang, dan PN-BN membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3 di DUN.
Bagaimanapun BN memasuki PRN Negeri Sembilan dengan 14 kerusi berbanding PN dengan lima kerusi (tiga PAS dan dua Bersatu), berbeza dengan situasi di Selangor yang mana BN memegang dua kerusi, manakala PN menduduki 10 kerusi (semua PAS).
Imran berkata sebarang bentuk kerjasama antara Umno dan PAS perlu berlandaskan ‘kekuatan, kelebihan serta peranan’ yang boleh dimainkan oleh setiap parti.
“Di Selangor sama ada kita sedia atau tidak (kerjasama dengan PAS), telah ada hubungan baik dengan PAS Selangor semenjak Muafakat Nasional,” katanya.
