BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syarikat Didenda RM126,000 Seleweng Diesel Bersubsidi Di SibuÂ

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Syarikat Didenda RM126,000 Seleweng Diesel Bersubsidi Di SibuÂ​

19d0205f6225ed7fac8f1ed7a13786b06a37d8f298945


Sebuah syarikat pemborong diesel didenda RM126,000 di Mahkamah Sesyen di sini atas sembilan pertuduhan berkaitan penyelewengan diesel bersubsidi di sebuah stor penyimpanan di Jeti Tanjung Engkilo di sini, dua tahun lepas.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan Hakim Musyiri Peet menjatuhkan hukuman itu semalam, selepas wakil syarikat berkenaan mengaku bersalah atas semua pertuduhan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Syarikat tersebut didakwa melakukan kesalahan itu pada 25 Ogos 2024 di sebuah premis di Jeti Tanjung Engkilo, Sibu kerana melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,“ menurut kenyataan itu.

KPDN memaklumkan syarikat itu membayar denda tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya KPDN Sarawak Iezzah Iburdanisha Ibrahim.

KPDN menyeru masyarakat untuk menyalurkan maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi melalui saluran aduan rasmi kementerian itu.

 
Back
Top
Log in Register