BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Tumpas Cubaan Seleweng 2,400 Liter Diesel Di Senai

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,767
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,767
Reaction score
289
Points
146

KPDN Tumpas Cubaan Seleweng 2,400 Liter Diesel Di Senai​

8000d4e5fdd9e63f1ee7f28adeb1a8cb6aa8dd9ec9fe5

Kredit: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggagalkan cubaan menyeleweng 2,400 liter diesel menerusi Ops Tiris 4.0 di sebuah stesen minyak di Jalan Seelong, Senai, kira-kira 2 petang semalam.

Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo dalam kenyataan berkata operasi dijalankan hasil maklumat dan risikan berkaitan kegiatan pembelian diesel yang disyaki melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau berkata pemeriksaan menemukan sebuah lori dalam keadaan sedang mengisi bahan api itu terus ke tangki simpanan.

“Pasukan penguat kuasa menahan dan menyita lori terbabit, empat unit tangki Intermediate Bulk Container (IBC), sebuah mesin pengukur aliran, empat pam berserta hos, dua telefon bimbit serta cecair disyaki diesel kira-kira 2,400 liter.

“KPDN turut menyita 15 fleet card serta lima salinan resit atau invois berkaitan pembelian bahan api itu bagi membantu siasatan dan dipercayai mempunyai kaitan dengan modus operandi kes,” katanya.

Selain itu, beliau berkata dua lelaki berumur lingkungan 30-an yang berada di dalam lori berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Pemeriksaan dan semakan dokumen juga mendapati pengusaha stesen minyak itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Subperaturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya.

Beliau berkata nilai keseluruhan barangan yang disita dianggarkan RM60,660 dan kes turut disiasat di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

 
Back
Top
Log in Register